Posts

Showing posts from March, 2020

DOA PM TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN KETIKA MUSIBAH COVID19

Image
Pada awal perutusan beliau itu, PM Tan Sri Muhyiddin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Kemudian pada akhir ucapan PM membacakan doa yang buat para netizen sebak. “Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hambaMU yang kerdil ini dari segala musibah. Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang berbahaya dan wabak yang mengancam nyawa. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk. “Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaanMU yang berat ini. Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya ALLAH, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMU,” kata Muhyiddin dalam doanya. Perdana Menteri turut berdoa memohon agar ALLAH SWT memberi kes

5 Amalan Elakkan Jangkitan Covid-19 (Novel Coronavirus)

Image
Hari ini kita dikejutkan dengan penularan Covid-19 yang melanda masyarakat di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda bahawa Covid-19 tidak menjangkiti melalui makanan? Penularan Covid-19 hanya melalui mukus yang mengandungi titisan salur pernafasan (droplets) yang dijangkiti oleh novel-coronavirus di antara haiwan dan manusia semasa bercakap, bersin atau batuk. (Sumber : WHO) 5 amalan mengelakkan jangkitan penyakit yang anda perlu tahu : 1. Jaga kebersihan diri dan kerap cuci tangan 2. Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak 3. Masak dengan cara yang betul 4. Simpan makanan pada suhu yang selamat 5. Gunakan air dan bahan mentah yang selamat Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Lebih 10 tahun hidap Gastrik Sekarang Dah Dapat Atasinya

Image
KakRehan nak share luahan hati penghidap gastrik yang derita lebih 10 tahun. Now dia dah sihat dan tak menderita lagi. Teruja pula dengarnya. Jom baca sharing Fieza Shukor ⭐⭐ AKU & GASTRIK... Dulu vs Sekarang ⭐⭐ Saya dulu memang penghidap GASTRIK serius... Siapa yang rapat ngan saya tahu la macam mana tahap kesihatan saya... Maklum la...duduk hostel, selalu la skip makan...bila dah start kena, tak jaga makan pula, memang tanggung la! Start kena masa bulan puasa...kat sekolah teknik. Kawan2 da suruh buka puasa awal...tapi saya tak nak, bertahan juga sampai waktu berbuka... Sudahnya menggigil teruk sampai tak boleh nak makan n tak larat jalan pun... Masa kat matrik, memang selalu la muntah sebab perut tak boleh kosong langsung... Masa kat uum paling teruk! Sampai muntah2 all the way nak pergi pusat kesihatan..masa bulan puasa juga, gatal..perut da kosong, g makan pedas pula time berbuka...mata sampai tak nampak, kabur... Doc kata memang dah tahap serius! Lepas habis belaj