Monday, 4 June 2012

Garlic

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 










Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Membantu mengekalkan tekanan* darah normal
Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkat kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol.*
  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.*
  • Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.*
  • Formulasi Shaklee yang unik.*
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.*

Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
FB:Raihan's Shaklee
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com 

Sunday, 3 June 2012

Gejala Ketika Hamil

Masalah Ketika Hamil Yang Biasa Berlaku








Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira.

Walau bagaimanapun, kehamilan boleh menyebabkan beberapa jenis penyakit yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa sekiranya kehamilan itu tidak diberi perhatian.

Hanya sebilangan kecil sahaja wanita yang akan mengalami keadaan ini. Setelah diberi rawatan dan jagaan yang rapi, keadaannya dapat dikawal.

Kebanyakan wanita pula, akan mengalami beberapa masalah kecil sepanjang masa kehamilannya. Masalah ini akan hilang dengan sendiri sekiranya diberi sedikit rawatan. Bagi wanita yang lebih bernasib baik, dia tidak akan gembira dan tenang menunggu kelahiran anaknya. Di bawah ini saya akan bincangkan beberapa masalah kecil yang sering dialaminya oleh wanita hamil, dan bagaimana cara mengatasinya.

Penjagaan Waktu Mengandung


foto Gejala Ketika Hamil - Penjagaan Waktu Mengandung

Tujuan utama jagaan waktu mengandung ialah menentukan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi sehingga selamat melahirkan anak.

Setiap pasangan kelamin patut mempunyai rancangan tetapi pembangunan keluarga mereka. Jika boleh, sediakan rancangan lima tahun. Tegasnya setiap kehamilan adalah hasil rancangan lima bukan sebagai satu kemalangan atau tidak disengajakan. Sebelum kehamilan berlaku, wanita berkenaan sudah bersedia dengan memenuhi beberapa syarat yang tersebut di bawah ini.

Muntah-Muntah Dan Loya

foto Gejala Ketika Hamil - Muntah-Muntah Dan Loya

Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.

Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon in, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit.

Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja.

Pada kebiasaannya ia reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.

Ketika keadaan muntah-muntah ini dialami, keinginan terhadap makanan biasanya berkurangan. Sebaliknya dia lebih gemarkan makanan yang aneh seperti makanan yang masam. Kita biasanya menyebut sebagai mengidam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon yang tinggi ketika hamil. Wanita yang mengidam ini selalunya inginkan sesuatu jenis makanan itu dengan segera. Orang-orang tua berpendapat jika suaminya tidak boleh menyempurnakan hajat isterinya yang mengidam itu, anak yang dilahirkan itu nanti cacat. Perkara ini tidak ada asas di segi ilmu perubatan atau sains dan saya sendiri berpendapat cerita seperti ini adalah tidak benar.

Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.

Kulit Perut Pecah

foto Gejala Ketika Hamil - Kulit Perut Pecah dan Merekah

Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan. Calar-calar pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan. Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak.

Bisa Hati / Gastric

foto Gejala Ketika Hamil - Bisa Hati / Gastrik

Seringkali juga wanita yang hamil mengalami bisa hati atau gastric. Ini disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perutnya. Perjalanan tali usus menjadi lebih lembap ketika hamil. Rahim yang kian membear menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan atau kepedihan pada bahagian hulu hati. Masalah ini mudah diatasi dengan meminum lebih susu dan menentukan perutnya tidak kosong dengan memakan makanan berdikit-dikit tetapi kerapkali. Jika masalah ini menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memberi ubat yang mengandungi Antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate.

Urat Kaki Timbul

foto Gejala Ketika Hamil - Urat Kaki Timbul

Masalah urat kaki timbul pada kaki ketika hamil lebih kerap terjadi di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil. Keadaan ini disebabkan oleh dua factor iaitu pertama kandungan hormon kehamilan yang meningkat menyebabkan salurand arah membesar sedikit dan perjalanan darah menjadi kurang pesat. Faktor keduanya, rahim yang membesar menekan pada saluran darah khususnya aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan alirannya menjadi lambat.

Masalah ini boleh mengganggu jika urat timbul dengan banyaknya dan sangat nyata. Kadangkala pembekuan darah boleh berlaku dalam varicose veins dan ini adalah membahayakan kesihatan. Untuk mengatasinya sesetengah wanita memakai elastic stocking, dan jika ia terlalu teruk wanita itu dinasihatkan memakai crepe bandage yang dililitkan di kedua belah kakinya. Wanita yang selalu berdiri ketika menjalankan tugasnya juga dinasihatkan supaya kurang berdiri ketika hamil. Jika boleh ia dinasihatkan lebih banyak berehat dengan berbaring supaya aliran darah dari bahagian kaki dapat mengalir dengan lancar.

Bengkak Kaki

foto Gejala Ketika Hamil - Bengkak Kaki

Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.

Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.

Tangan Kebas

foto Gejala Ketika Hamil - Tangan Kebas

Sesetengah wanita mengalami rasa kebas pada bahagian tangan khususnya di peringkat akhir kehamilan. Ini disebabkan oleh kandungan hormon menyebabkan sendi menjadi bengkak sedikit. Berkemungkinan juga ada kaitan dengan kekurang vitamin B ketika kehamilan. Untuk mengatasi masalah ini rawatan dengan vitamin B akan diberikan dan kandungan air dalam tubuh juga akan dikurangkan dengan memberi rawatan yang sesuai.

Sakit Pinggang Dan Belakang

foto Gejala Ketika Hamil - Sakit Pinggang Dan Belakang

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

Tegang Otot / Kejang Otot

foto Gejala Ketika Hamil - Tegang Otot / Kejang Otot

Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

Sembelit

foto Gejala Ketika Hamil - Sembelit

Sembelit kerap berlaku ketika hamil. Ini disebabkan oleh kelembapan perjalan tali usus berpunca daripada peningkatan hormon progesterone ketika hamil. Masalah sembelit mungkin dapat diatasi dengan menukar bahan makanan iaitu dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, jika boleh jenis ulaman. Buah-buahan seperti betik dan pisang adalah baik bagi mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Kesan daripada sembelit ini berserta dengan urat timbul di bahagian dubur, buasir akan berlaku. Ini kadangkala menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika sembelit itu terusk. Elakkan sembelit dan kalau berlaku, rawatan khususnya ialah dengan menggunakanubat yang dimasukkan ke dalam dubur untuk mengurangkan buasir. Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak.

Ada juga masalah yang dialami ketika hamil itu memerlukan rawatan segera. Masalah ini bukan sahaja melibatkan ibu, tetapi janin yang dikandung juga boleh terjejas sekiranya ada tanda-tanda seperti berikut:

Pendarahan

foto Gejala Ketika Hamil - Pendarahan

Pendarahan daripada kemaluan yang berlaku ketika hamil adalah satu keadaan yang berbahaya, ia boleh mengancam kedua nyawa ibu dan bayi yang dikandungnya. Jika ia berlaku di peringkat awal, ini mungkin menandakan keguguran akan atau sedang berlaku. Jika berlaku di peringkat akhir kehamilan, iaitu selepas tujuh bulan, mungkin ia menandakan kedudukan uri di hadapa bayi. Pendarahan di peringkat awal kehamilan juga mungkin menandakan kehamilan luar biasa seperti kehamilan di luar rahim atau kehamilan anggur. Oleh itu setiap wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil walaupun sedikit, perlulah bertemu doktor untuk diperiksa. Jika perlu wanita itu mungkin dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.

Masalah Air Kencing

foto Gejala Ketika Hamil - Masalah Air Kencing

Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan in disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.

Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.

Keputihan

foto Gejala Ketika Hamil - Keputihan

Wanita yang sedang hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan dari kemaluan yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran kemaluan akibat tindakan hormon kehamilan. Kejadian jangkitan kuman pada saluran kemaluan ketika hamil juga meningkat menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau.

Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tujuh hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan. Disamping itu, kebersihan kemaluan hendaklah diberi perhatian yang rapi.





credit fajridil.blogspot.com

Tanda-tanda Awal kehamilan

Salam semua..harini nak share tanda-tanda awal kehamilan....Mungkin ramai tak perasan yg mereka sedang mengandung tapi jom check mana tau ada antara list kat bawah berlaku kat anda wahai ibu2 sekalian...
1. Perubahan ketara pada mood
Perubahan hormon yang berlaku pada awal-awal kehamilan boleh membuatkan mood anda berubah secara mendadak. Pada masa ini anda lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara.
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ianya bukan petanda jelas anda sedang hamil kerana perubahan tersebut boleh berlaku akibat ketidakseimbangan hormon yang langsung tiada kaitan dengan kehamilan atau mungkin juga disebabkan oleh kandungan yang terdahulu.
3. Sembelit
Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan berjalan lambat sehingga berlakunya sembelit. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan masalah ini.
4. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari pada awal kehamilan
Lebih kurang 10 atau 14 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat daripada implantasi yang berlaku iaitu sel telur yang telah dibuahi melekat pada dinding uterus. Pendarahan seperti ini biasanya terjadi lebih awal, lebih sedikit dan lebih cerah daripada darah haid yang biasa.
5. Sakit kepala
Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala yang ringan pada awal kehamilan terutamanya minggu pertama kehamilan. Sakit ini mungkin disebabkan oleh peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku.
6. Kerap membuang air kecil
Pada peringkat ini janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, ini menyebabkan anda kerap membuang air.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness tidak akan menyerang pada minggu awal kehamilan, kecuali selepas minggu keempat sehinggalah ke minggu kelapan kehamilan. Segelintir wanita akan mula merasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun baru beberapa hari mengandung. Sensasi ini biasanya terjadi akibat daripada perubahan sirkulasi saat pembuluh darah dalam tubuh anda membesar dan tekanan darah anda menurun. Selain itu, ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh rendahnya gula darah anda.
8. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada mereka yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada ibu-ibu yang berada pada minggu pertama kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah dengan alat ujian kehamilan dan membilang hari anda.
9. Merasa tidak bermaya
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya kerap terjadi di awal kehamilan kerana pada minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja dengan sangat keras untuk mengeluarkan hormon dan memproduksi lebih banyak darah untuk membawa nutrisi kepada janin anda. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung. Tambahan pula kehadiran hormon progesteron dalam jumlah yang banyak menyebabkan anda merasa mengantuk.
10. Sakit dan tegang pada payudara
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sensitif dan merasa sakit bila disentuh. Payudara anda juga akan mengalami perubahan ketara iaitu lebih penuh dan berat serta mulai membesar sebagai persiapan memproduksi susu ibu. Perubahan tersebut akan lebih jelas sekiranya itu adalah kehamilan pertama anda.
11. Suka dan alah kepada makanan/minuman atau bauan tertentu
Menutup hidung dari makanan, minuman atau bauan tertentu juga merupakan salah satu tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anda sedang mengandung. Kebiasaannya bauan yang terlalu tajam dan menusuk hidung akan memberi kesan mual kepada sesetengah wanita. Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan selera dan keinginan makan anda turut berubah ketika mengandung. Keadaan ini mewujudkan satu fenomena yang kita panggil mengidam.
12. Suhu asas badan yang meningkat
Suhu asas badan diambil semasa bangun pagi pada setiap hari. Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ianya diukur.




Tanda-tanda kekurangan KALSIUM

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




Ada yang bertanya, apa tanda-tanda jika kekurangan kalsium. Cukupkah minum 2 gelas susu sehari?? kalau sakit belakang dan pinggang tu maksudnya kurang kalsium ke?? Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut..

Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

Otot & Saraf:
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
Kejang otot
Wheezing(pernafasan berdehit)
Susah menelan
Suara berubah akibat laryngospasm

Saraf:
- Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
-Letih
-Sawan
- Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

Jantung
- Sesak nafas
- Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

Kulit
- Rambut kasar
- kuku rapuh
- Psoriasis (sakit kulit)
- Kulit kering

Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
Kekejangan atau kram otot
sukar/susah nak tidur
Perasaan berdebar2
Eczema-penyakit kulit
Rapuh kuku
Sakit Sendi
Tekanan darah tinggi
Gigi reput
Paras Kolestrol timggi
Kebas-kebas kaki dan tangan
Rheumatiod arthritis
Rickets

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.


Cubalah Ostematrix Shaklee hari ini..Rasai perbezaannya..





OSTEMATRIX SHAKLEE

Kalsium

Ramai yang memandang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.

Jika anda mula mendapat simptom di bwh jgn tunggu lagi masih belum terlambat...

1.Anda yang mengandung, menyusukan anak dan yang pernah melahirkan anak
2. Anda yang mempunyai masalah allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti
susu.
3.Anda Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
4.Anda yang sedang menjalani fisioterapi.
5.Anda mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
6.Anda mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil
penahan sakit setiap kali datang bulan.
7.Anda mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
8.Anda selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang
belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki
dicucuk2 dengan jarum.
9.Anda mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini
mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!


TESTIMONI DARI GENG SHAKLEE GBS

Iena Gie
Salam semua..nak share lagi pasal Ostematrix..lagi2 si Oste ni..mcm dah bercinta plak ngan Oste ni hehe..haritu sronok citer pasal oste ni sbb baby senang melawas n smp hari ni baby mmg dah jadi rutin selang 2 hari dah melawas..syukur sngt..harini nak kongsi lagi pasal husband plak..dah seminggu bg husband try Oste ni..tmpt keje jauh jd ulang2 alik g keje lbh kurg 3 jam [ni salu pg2 kul 5 dah bertolak g keje]..ptg kul 7-8mlm baru smp rumah..pastu skang sibuk pasal training bola salu mengadu sakit belakang n lutut,pastu sakit gusi n gigi dah tetap dah, dari dulu pasal kuat sngt merokok..tp mlm td husband tel bgtau sejak2 mkn Oste ni..gusi dah x sakit, gigi plak dah ketat [ni sbb husband salu bgtau gigi dia salu goyang2 mcm longgar gitu..tp smlm mkn kambing bakar..mmg Best!! dia pun terkejut sbb bole mkn daging, sblm ni takut mkn daging sbb gigi x kuat nak gigit..aduhai suamiku mcm2 penyakit hehehe]..pastu siap bgtau dah bole main bola 40minit x kuar padang..salu main 5minit dah kuar padang [ni sbb x tahan lutut sakit]..pagi2 bangun x sakit belakang pastu mmg bdn pun cergas je spanjang hari [kalo tak salu tghari mst dah ngantuk]..ni husband siap pesan lagi 'yang nnt order lg ye Oste ni'..hehe..mmg TERBAIK OSTEMATRIX!!.. tq kak Nadia Khamis

Credit:oldtraffords.com



Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
FB:Raihan's Shaklee
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com


Friday, 1 June 2012

Herblax - Supplement yang hanya makan 1-2 kali seminggu

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 







Kenapa perlu mencuci usus?
Ia perlu demi mengelakkan gangguan kepada sistem pencernaan, mengelakkan gangguan sistem peredaran darah dan sistem pertahanan badan.

Apakah yang berlaku apabila sistem pencernaan terganggu?
Sistem pencernaan sangat penting demi menyahkan toksin dari tubuh badan. Jika ia tidak dapat berlaku dengan baik maka ia akan mengundang penyakit seperti

  • masalah kulit
  • gangguan pada buah pinggang
  • mulut dan nafas berbau
  • sesak dada
  • angin ahmar
  • wajah nampak tua
  • kembung perut dan 
  • daya imun yang lemah.
Terutama mereka yang mengamalkan makan vitamin pemecah lemak seperti Omega dan Lecitin sangat perlu mengambil Herb Lax demi memastikan lemak2 yang disingkirkan dapat dibuang dengan baik melalui proses penyahtinjaan.

Siapa yang sesuai makan Herb Lax?*
Lelaki dan Wanita
Mereka yang dalam proses pembuangan lemak
Mereka yang ada masalah pencernaan
Mereka yang menyusu anak.
Mereka yang ingin menjaga kesihatan usus terutamanya.





Saya sendiri mengamalkan makan herblax dua kali seminggu untuk mencuci usus dan detox badan memandangkan tiap hari dah makan macam-macam. Jadi pentingnya nak detox badan supaya toksin dalam badan dapat dikeluarkan.


Biasanya saya makan waktu malam sebelum tidur pada Jumaat malam atau Sabtu malam dan hari Rabu malam. Memang saya pastikan saya makan herblax ni dua kali seminggu untuk program diet saya gak. Perlu pastikan minum air sekurang2nya 1-2 liter selepas amik herb lax dan sebelum tidur untuk dapatkan kesan yang optimum. Ia bukan julap dan tidak buatkan kita cirit birit.

Berapa banyak nak makan? Jujurnya ia perlu ikut saiz badan. Jika berbadan kecil, memadai 3-4 biji untuk skali makan. Jika berbadan besar, 4-5 biji saranan yang diberi.

Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
FB:Raihan's Shaklee
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

Thursday, 31 May 2012

Tips mudah memilih set penyusuan

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Set 3M*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. 
Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.



Set E*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 
Siapa yang sesuai ambil?
1. Ibu yang sering keletihan melampau.
2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.

Set B*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa 
Siapa yang perlukannya?
1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.

Set Eu Four Pack*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.
1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.

credit


Setiap set mempunyai aturan makan yang berbeza. Maka kami menyediakan konsultasi untuk pengambilan makan dan panduan jadual pam bagi memudahkan ibu.


Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
FB:Raihan's Shaklee
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

Saturday, 26 May 2012

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  



Perlu ke vitamin untuk anak2 ni??? Sejujurnya saya katakan, tidak perlu dengan syarat anak-anak tidak cerewet makan... Makan ikan, daging, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan hasil tenusu dengan lengkap seperti piramid makanan sesuai dengan keperluan hariannya dan betul cara penyediaannya...

Namun begitu, kebanyakkan kanak-kanak hari ni sangatlah memilih makanan... walaupun tidak semua begitu... Ada setengahnya hanya nak makan nasi + telur + kicap sahaja... Macam dalam iklan tv tu... anaknya hanya nak makan hotdog je... huhuhu... macam mana mereka nak dapat khasiat yang lain?

Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin anak2... Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan mcm2 lagi...


Tahukah anda???

  • Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
  • Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
  • Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
  • Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Berikut merupakan antara vitamin yang disyorkan untuk kanak-kanak...



Jangan salah anggap ye... Tidak semestinya perlu semua ini... Ia boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak... Iaitu:

  • Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
  • Kanak-kanak 1-3 tahun –  MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
  • Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE/VITA-LEA FOR CHIDREN, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.




Jom lihat apakah khasiat vitamin-vitamin berkenaan....

Meal Shakes

  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua


Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.
  
OmegaGuard


  • # Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • # Meningkatkan sistem imunisasi
  • # Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • # Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
  
 Chewable Vita-C @ 100mg

Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

Vita-Lea® for Children Chewable
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B
Antara testimoni-testimoni mereka yang memberikan anak mereka Vitamin.....

FB : Iffah Anuar

"Alhamdulillah... saya juga berikannya pada Faheem.. alhamdulillah, travel from Sgr - Cherating- Tgn - Melaka - Sgr...  ke ladang ayah, berpanas hujan..main lumpur..Faheem tidak demam/selesema/muntah2 spt sepupu yg lain.. Alhamdulillah...

Sy juge dah tidak bermusuh dengan matahari :) kalo dulu x boleh kne matahari migrain+rashes..+ demam + sakit2 sendi smp x boleh bgn..syukur.. setelah 1 Yr+ tekun amalkan shaklee"

FB : Beeha Yunos
"Since saya bg anak saya meashakes+omega, mmg dia jarang selsema (kalau tak sebulan sekali sure g pakar kanak2) dan susu mmg abis aje..dan makan pon selera..alhamdulillah..sayur sume makan, dah tak de masalah tak nak makan..and kalau demam atau selsema, 2 hari dah baik..alhamdulillah..akhirnya saya temui supplement yg serasi utk anak saya :)

FB : Rafaliah
" Irfan salah satu contohnya..dulu every mth demam, batuk n selsema pastu siap kena asthma attack. AlhamduLILLAH skang ni sgt better..:-) " 

FB : Azra Balqis Irdina
"bagus jugak mealshake nie ye..ank sy dlu x mo mkn..ble nk bg mkn msti nyorok blakang pintu..skrg lepas sy bg die mealshake..mkn mcm x ingt dunia..ble x bg mkn msti mrh..skrg sayur2 pon die mkn..dlu die paling benci kt sayur..gembira hati sy tgk die da berselera..pipi pon da berisi.." 

Credit : Thanks to Kak Alin @ MommaMia






Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
FB:Raihan's Shaklee
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

TIPS ELAK BAYI TERSEDAK SUSU

Akhir-akhir ini kerap kedengaran kes menyayat hati tentang bayi tersedak susu. Jangan ambil mudah, takut menyesal di kemudian hari. Jom baca lebih lanjut tips elak bayi teersedak susu (terutamanya bayi kecil/ baru lahir)

Sebab-sebab bayi tersedak susu
#Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
#lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
#Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi:
#Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. #Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
#Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).
#Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
#Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
#Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.



Friday, 25 May 2012

15 KESALAHAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Banyak menakutkan anak
Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah,menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau,menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur


3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Menegur anak secara negatif
mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Memberi didikan tidak seimbang
didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani


6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak 
sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. 
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti 
memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.


10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. 
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.


11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti 
para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Bertengkar di depan anak-anak. 
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.


13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita
baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.


14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. 
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. 
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.






credit:alissa-lisa.blogspot.com