TIPS KURUS DENGAN CEPAT DAN SIHAT
Sebut pasal kurus ramai orang berimpian nak dapatkan berat badan idaman. Kalau boleh nak makan banyak tapi berat tak naik-naik. Hehe. Siapa macam ni? Namun ada pula yang taknak kurus tapi dia nak berat badan naik. Okeh yang ni pun ada boleh jadi berat badan tak seimbang dengan ketinggian.
Cuma kalini saya nak berkongsi tips kurus dengan cepat. Mana tahu berguna untuk uols dan diri sendiri juga. Sebab saya sendiri pernah mengalami berat badan berlebihan BMI. Bila dah berat macam tu pakai baju pun tak selesa, jalan peha berlaga. Kemudian rasa badan bulat malu nak bergambar pun ada.
Kalau boleh kita nak kurus sebab nak sihat tau. Bukan sebab nak pakai baju sendat padat. Hihi. Jom saya kongsi tips kurus yang saya dah baca artikel cara kurus dengan cepat dan selamat. Semoga dapatkan kita kurus dengan cepat lagi - lagi masa raya nanti.
Tips Kurus Dengan Cepat
1) Elak amalkan makanan tinggi perasa dan fastfood
Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food, dan fast food.
2) Pengambilan makanan sebenar bukan makanan yang diproses
Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, telur, tauhu, tempe, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan sebenar lebih mengeyangkan berbanding jika kita makanan berproses. Makanan berproses seperti nuget, burger atau makanan dalam tin.
3) Kurangkan pengambilan karbohidrat, lebihkan protein
Setiap main meal ambil segenggam sahaja karbo. Kajian menunjukkan individu yang kurang pengambilan karbohidrat lebih mudah turun berat badannya. Pengambilan protein membantu lebih kenyang. Amalkan ikut pinggan sihat suku-suku separuh seperti saranan kementerian kesihatan pun sangat membantu.
4) Pengambilan buah dan sayur-sayuran
Banyakkan pengambilan buah dan sayuran membantu menurunkan berat dengan cepat. Kelebihannya: tinggi serat, vitamin, mineral, rendah kalori dan buatkan kita rasa lebih kenyang.
5) Minum air putih
Banyakkan minum air kosong. Pengambilan air kosong yang mencukupi juga dapat gantikan rasa lapar dari kita nak makan merapu di luar waktu makan utama.
Lupakan terus air manis atau berkarbonat. Minum air sehingga urin berwarna jernih. Bila Urin warna jernih, InsyaALLAH badan kita cukup air.
6) Penjagaan pemakanan
Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% dari senaman akan mmbantu mempercepatkan proses penurunan.
Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga, sememangnya agak slow sedikit progress nya.
7) Kuantiti tidur
Tidur mesti cukup 6-8 jam sehari. Tidur yang berkualiti baik untuk kesihatan.
8) Atasi stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu makan secara berlebihan. Buat aktiviti yang boleh beri ketenangan kepada diri seperti mendengar muzik, melukis,
9) Suplemen Shaklee
Shaklee ada menyediakan set kurus membantu untuk penurusan berat badan lebih ideal. Pengalaman saya sendiri yang amalkan Shaklee membantu berat badan dari 65kg turun ke 53kg. Alhamdulillah dengan amalkan set kurus Shaklee bantu kurus dengan cepat dan sihat.
Testimoni set kurus Shaklee saya |
Suplemen membantu saya dari segi kecerdasan, tenaga, bantu bakar lebih lemak dan buang toksin dalam badan supaya berat saya lebih cepat turun.
Set Kurus Shaklee |
Minuman protein Cinch Shake Shaklee bantu lebih kenyang |
Manfaat Cinch Shake Shaklee |
Comments