CoQ Trol Plus Shaklee Bagus Untuk Kesihatan Jantung

  Assalamualaikum dan salam bahagia. 


CoQ Trol Plus Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. 

CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. 




Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaja meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.

Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. 

Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Trol Plus Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

Serangan Penyakit Jantung

Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung

Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. 

Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

Tekanan Darah Tinggi

Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . 

Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

kolestrol tinggi

Kolesterol Tinggi

Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

Diabetes Atau Kencing Manis

Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes.

Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.

Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
  • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
  • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
  • Membantu mencegah migrain
Sumber: University of Maryland Medical Center


Coq Trol Plus Shaklee

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. 

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.*


Keistimewaan Shaklee

  • CoQ Trol Plus membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.
  • Formulasi berpaten untuk penyerapan CoQ10.
    Patent No. MY-139379-A


Suplemen CoQ10 Bagus Untuk Kesihatan Jantung
Keistimewaan CoQ Trol Plus Shaklee


Kenapa Anda Perlu Ambil CoQ Trol Plus Shaklee


1. Generator Tenaga Utama

Berada di dalam mitokondria - kilang tenaga anda CoQ10 mulakan proses penghasilan tenaga untuk menjadi bahan api kepada mitokondria dan nenghasilkan 95% tenaga badan anda.

2. DUO Tenaga Dengan Polifenol

Cepat letih? Inginkan tenaga berpanjangan? Ambil kombinasi CoQ10 dengan Polifenol.

Polifenol menghasilkan lebih banyak tenaga mitokondria manakala CoQ10 menjadi bahan api untuk mitokondria untuk hasilkan lebih banyak tenaga!

3. Sumber Antioksidan Yang Berkuasa

Merupakan antioksidan yang kuat, Coq10 bermanfaat untuk kesihatan, kulit yang lebih muda, menggelakan kerosakan radikal bebas yang di sebabkan sinaran UV dengan berkesan.

4. Nutrisi Penting Untuk Jantung

Secara semulajadi, Coq10 banyak berada pada jantung yang mengepam darah 24/7. Sayangi jantung sendiri, ambillah Coq10.

5. Kekal Remaja

Pada usia 20-an, Coq10 berada pada paras yang tinggi di dalam badan dan ia juga mula berkurangan pada usian 20-an.

Anda akan mula letih, lemah badan dan mengalami tekanan emosi. Tingkatkan tahap CoQ10 dengan supplemen CoQ10.

6. Anda Ambil Statins? Jadi Anda Perlukan CoQ10!

Statin menurunkan kadar kolestrol. Itu sesuatu yang baik. Ia juga menurunkan tahap CoQ10. Berdasarkan kajian, ia berkurangan sebanyak 40%. Banyak tu.

Jadi periksa tahap kolestrol dan dalam masa yang sama anda perlu kekalkan  tahap CoQ10 dengan supplemen CoQ10 dalam diet harian.

Kebaikan Coq Trol Plus Shaklee

1. Memberikan tenaga segera dan lebih lama.
2. Meningkatkan stamina ketika bersenam.
3. Untuk kebaikan jantung.
4. Meningkatkan kualiti sperma dan ovum.
5. Membantu menurunkan berat badan berlebihan.
6. Mengekalkan keremajaan.
7. Membantu mengelakkan dan mengawal migrain.
8. Mengawal paras gula dalam darah.
9. Membantu masalah pernafasan.
10. Membantu masalah alzheimer dan parkinson.

Suplemen CoQ10 Bagus Untuk Kesihatan Jantung
Manfaat CoQ Trol Plus


Jika anda berkemampuan, amat disyorkan untuk mengambil suplemen CoQ Trol Plus sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buat keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.

Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM390 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee.

Boleh terus hubungi saya
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik sini link wasap

Jemput follow
FACEBOOK  : Raihan Idris
INSTAGRAM : Shaklee.bykakrehan
TIKTOK         raihan_785

Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER