CIRIT-BIRIT DIKALANGAN BAYI
Cirit-birit adalah penyakit yang biasa terdapat dikalangan kanak-kanak terutamanya yang dibawah lingkungan umur dua tahun. Penyakit ini biasanya bermula dengan muntah-muntah diikuti dengan cirit. Najis yang keluar biasanya cair tetapi adakalanya bercampur denag darah. Demam selalunya tidak ketara. Penyakit ini lazimnya berakhir dalam beberapa hari tetapi adakalanya berterusan hungga berminggu-minggu. Penyakit cirit-birit masih merupakan satu punca kematian bayi yang utama dinegara ini dan juga diseluruh dunia terutamanya dinegara-negara yang sedang membangun. Keadaan yang ada kaitan dengan tingginya kadar penyakit cirit-birit ialah taraf sosio-ekonomi yang rendah, ketiadaan bekalan air yang bebas dari kuman-kuman bakteria (sanitary water supply) serta persekitaran yang kotor. Penyeledikan telah menunjukkan bahawa dalam komuniti - komuniti yang rendah taraf sosio - ekonominya amalan pemberian susu tepung membawa kepada tingginya kadar bayi - bayi yang mati akibat c...