ALANGKAH INDAHNYA BEKERJA DARI RUMAH..WAHM DAN WAHD!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Alhamdulillah harini nak share perkongsian daripada sahabat Shaklee saya Master Haisah Aisya Joohary Mhj . Suatu perkongsian yang amat bermakna. Jom sama2 kita baca coretan beliau. Bismillah. Sampai sahaja di KL Sentral semalam, saya di jemput oleh suami Master Hj Roslan Ghazali ... Pada mulanya, kami merancang untuk ke Seremban, menjemput balik anak yang bersekolah di sana. Tapi, perancangan awal ke Seremban ini terpaksa dibatalkan memandangkan 'traffic jam' yang sangat teruk, kemungkinan disebabkan oleh hujan yang melanda ketika itu. Kami terpaksa tabah menempuh kesesakan ini selama lebih kurang 2 jam sebelum sampai rumah. Melihat kepada kereta-kereta yang berhimpit-himpit untuk membolos kesesakan, saya dapat menyelami keadaan seharian bagi mereka yang bekerja 9 - 5 pm setiap hari. Demi mencari rezeki, antara lain mereka: • Terpaksa menempuh kesesakan kereta yang memenatkan, jiwa dan raga, untuk pergi dan balik ke...