Posts

Showing posts with the label Pemakanan Bayi

Makanan separa pejal bayi, bila waktu yang sesuai?

Saya sering terbaca dan terdengar tentang kisah ibu-ibu yang memulakan pemakanan separa pejal kepada bayi mereka sebelum umur enam bulan. Alasan biasa yang diberikan adalah bayi kelihatan lapar walau pun setelah disusukan sama ada susu ibu atau pun susu formula. Tidak kurang yang “top up” bayi mereka dengan susu formula dengan alasan susu mereka tak cukup. Bayi minum lama tapi tak kenyang-kenyang. Antara makanan terawal yang diperkenalkan adalah seperti bijirin bayi, pisang, air tepung beras dan sebagainya. Perlu diketahui bahawa pengenalan terhadap makanan separa pejal yang  terlalu awal  adalah  amat berisiko . Ini adalah kerana  usus bayi sebelum usia enam bulan masih belum bersedia memproses makanan separa pepejal . Bahkan sesetengah susu formula juga boleh mendatangkan masalah kepada pencernaan bayi. Kesan yang biasa dilihat adalah seperti kembung, cirit birit atau sembelit. Mungkin sesetengah bayi tidak menunjukkan sebarang masalah seperti yang disebutkan teta...

PANDUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK – BAYI

Tumbesaran bayi pada tahun pertama berlaku dengan pantas. Oleh itu  tenaga (kilojoules) dan nutrisi yang banyak  diperlukan pada peringkat ini.  Bagimanapun, dalam proses pembesaran bayi anda, selera  makan mereka kadang-kadang sukar dijangka. Jumlah kuantiti pemakanan dan makanan kegemaran bayi mungkin berbeza. Ini adalah normal dalam proses pembesaran bayi anda. “Weaning” Pada peringkat ini, bayi anda akan mula diajar dengan makanan pejal, ataupun “weaning”, iaitu peralihan daripada minuman susu sahaja kepada pemakanan makanan pejal. Pada umur 12 bulan ke atas, bayi anda sudah bersedia untuk diberi makan makanan seisi keluarga. Pengenalan makanan pejal pada umur 6 bulan Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Makanan pejal haruslah diberikan pada peringkat usia yang sesuai. Bila bayi anda berumur 6 bulan, kandungan zat besi bagi bayi anda adalah agak rendah, dan makanan tambahan diperlukan untuk men...