PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG
Ketika hamil, anda sentiasa menjaga pemakanan agar bayi di dalam kandungan sihat dan mendapat cukup nutrisi. Apabila bayi sudah lahir, anda juga harus menjaga pemakanan harian kerana susu ibu akan membekalkan semua zat yang diperlukan untuk membesar dan menjana perkembangan otaknya. Jadi, apa yang anda makan sepanjang tempoh menyusu adalah amat penting untuk kesejahteraan bayi anda. 1. Anda perlu mengambil pemakanan seimbang bagi memenuhi keperluan protein, kalori, vitamin dan mineral bagi membantu tumbesaran bayi. Diet yang seimbang mestilah terdiri daripada 3 kategori makanan yang diperlukan tubuh seperti karbohidrat dan lemak bagi membekalkan tenaga. Sumber tenaga i ni terdiri daripada nasi, roti, mi, kentang dan aneka kuih-muih yang dihasilkan secara sihat. Manakala sumber lemak pula terdiri daripada hasil tenusu, merjerin dan sebagainya. Sumber kedua penting adalah PROTEIN yang terdiri daripada daging, telur, ayam, makanan laut, hati, suus, keju dan ...