Posts

Showing posts from May, 2020

Salam Aidilfitri 2020 Penuh Kelainan

Image
Pengalaman raya tahun ni berbeza buat kami semua rakyat Malaysia. 1 dunia diuji dengan musibah wabak virus Covid19. Kami semua tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung. Beruntunglah rezki mereka yang tinggal 1 negeri dengan mak ayah. Rebut peluang ziarah. Namun dengan adanya virus ni ramai juga ambil langkah berhati2 hanya duduk di rumah tidak beraya. Kita jaga diri sendiri dan keluarga. Alhamdulillah raya kalini penuh hikmah. Hargai insan tersayang. Hanya panggilan video buat mak dan ibu mertua di kampung. Dengar lagu raya pun alahai syahdu. Kuat dan tabah Semoga wabak ini berlalu pergi. Dengan rendah hati ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Stay safe semua. Raya tetap raya tanda kemenangan umat Islam Syawal yang mulia💗 #FamilyKakRehan #RayaPkp

Intipati Perutusan Khas PM. 10 Mei 2020.

Image
1. Kepatuhan rakyat memuaskan. 2. Peratusan sembuh tinggi. 3. Malaysia berada di tangga ke 4 dalam kepuasan rakyat terhadap kerajaan daripada 105 negara. 4. Hampir seluruh mukim di seluruh negara berstatus hijau. 0 kes semenjak 2 minggu yang lalu. 94.4% adalah zon hijau. Selebihnya adalah kuning dan merah. 5. Penduduk zon merah dinasihatkan berhati hati. Kurangkan aktiviti di luar rumah. 6. Penduduk di luar zon merah dinasihati tidak ke zon merah. 7. Penduduk zon hijau perlu juga berhati hati. Tidak perlu kesana kesini sekiranya tidak perlu. Virus ini adalah musuh senyap. Amalkan norma baharu. 8. Proses hasilkan vaksin ambil masa 12 - 18 bulan. 9. Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB *DILANJUTKAN* selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020. 10. Segala SOP perlu dipatuhi sepanjang PKPB. 11. LARANGAN PERGERAKAN antara negeri masih BERKUATKUASA. 12. BALIK KAMPUNG untuk tujuan hari raya TIDAK DIBENARKAN. 13. PM menasihati supaya rakyat bersabar. 14. Ziarah menziarahi dibenarkan dalam k...