Sekejapnya Anak Mama Ayah Dah Besar Darjah Satu Tahun Ni
Sekolah Rendah Islam Al Farabi Klang Pilihan Kami Gelabah sebenarnya mama dan ayah ni sebab tak tahu lagi status sekolah Qaireen. Sebab daftar sekolah kebangsaan tapi list nama takde dalam rekod. Suami pula boleh buat rilek je..haha.. Mama dia ni kerisauan. Al kisah hubby plan nak hantar Qaireen sekolah rendah agama aje. Pernah interview untuk Sekolah Agama Ibnu Khaldun tapi tak lulus pula. Kemudian jumpa Sekolah Rendah Islam Al Farabi di Kg Delek Kiri ,Klang. Mula-mula suami call katanya dah penuh. Tapi suami tetap juga nak pergi sekolah untuk tanya status. Dapatlah isi borang rayuan. Kemudian dah nak naik sekolah takde panggilan apa-apa. Sekali lagi suami pergi tanya dan Alhamdulillah rezki bila kerani maklumkan ada yang tarik diri. Syukur rezki Qaireen dapat penempatan sekolah akhirnya. Kemudian barulah gelabah mama dan ayah ni nak beli kelengkapan sekolah cik qaireen. Disebabkan sekolah ni swasta jadi buku teks memang kena beli. Kalau ikut total yuran dan baju sekolah pun ka...