Posts

Showing posts with the label Coretan Covid19

TERGEMPAR! KES COVID19 DI MALAYSIA PALING TERTINGGI PADA 24 NOVEMBER 2020

Image
Saban hari berita kes covid19 di Malaysia semakin meningkat. Harini paling mengejutkan kes paling tertinggi sehari 2188 kes. Kami di Selangor diuji pula selepas negeri Kedah dan Sabah dah mula menurun kes. Allah sedihnya kami dah 2 bulan pkpb tapi kes bukan makin berkurang. Makin bertambah adalah. Berat ujian ini namun Allah turunkan ujian pasti berhikmah. Yang paling kesian dan penat para frontliner.😌😢 Kes Covid19 harini 24 November 2020 Kami di Klang paling tinggi kes😭 Saya nak ajak kita semua sama2 jaga diri kita. Selain ikut SOP tubuh badan kita pun perlu sihat dengan perisai imun badan yang kuat. Mungkin kita rasa tak perlu nak amik vitamin.  Namun risiko jika diri sendiri atau keluarga keluar bekerja terdedah dengan virus di luar. Kita masih berisiko juga untuk dijangkiti.  Biarlah orang nak kata apa saya nak kongsi manfaat Vitamin C kepada semua.  Anda dah ada bekalan Vitamin C di rumah? Kita jaga kita. Pastikan rumah kita, mak kita dan adik beradik kita ada vit...

KISAH PENGALAMAN PESAKIT COVID19

Image
Dengar sharing kat youtube kisah bekas pesakit covid19 yang dah sembuh. Punca dia sendiri dan pihak KKM sendiri pun tak dapat kenalpasti dari mana. Sebab dia ada gejala sama covid19. Gambar ihsan google Maka dia tanya pandangan kawan dia seorang doktor yang suggest pergi swab test 1 family. Termasuk isteri, anak umur 3 tahun dan ibu mertuanya. Hanya dia dan isteri sahaja positif covid19. Beliau cerita pesakit ni akan diasingkan ikut tahap kesihatan macam mana. Yang tak kritikal ditempatkan di kawasan yang khas bukan di hospital. Katanya mereka tidak diberikan ubat pun. Hanya pemantauan setiap pagi.  Cuma pihak hospital maklumkan yang hanya imun badan yang kuat dapat melawan sakit ni untuk sembuh. Yang imun rendah yang berisiko tinggi berlaku kematian.  Apa yang pesakit ni amalkan dia share amalkan Vitamin C setiap hari dan amalkan madu untuk bagi badan dia cepat recover juga imun badan dia kuat. Alhamdulillah hari ke10 dah kembali sihat.  Kawan2 jangan leka jangan lalai. ...

NOTA KESYUKURAN PKP HARI KE36

Image
Assalamualaikum dan salam bahagia Coretan ini aku abadikan dalam blog untuk kenangan. PKP ni sinkatan untuk Perintah Kawalan Pergerakan. Di mana kami rakyat Malaysia perlu duduk di rumah disebabkan wabak penyakit COVID19 yang melanda negara malah melibatkan 1 dunia. Wabak kalini sangat jahat dan berbahaya. Kalau sebelum2 ni ada virus lain yang menular. Namun dapat diatasi dengan adanya vaksin dan ubat yang sesuai. Kalini virus ni takde langsung ubatnya. Virus ni menyerang mereka yang imun badannya rendah. Beruntunglah kita tinggal di Malaysia. Kerajaan support dan dari segi keperluan perubatan dan hospital mencukupi. Namun di sebalik musibah ini. Frontliners yang terlibat terutama para doktor, jururawat, polis, askar dan mereka yang terlibat. Paling utama rakyat Malaysua sendiri perlu duduk di rumah untuk atasi wabak ini menular. Aku duk tengok video kisah covid19 kat Ecuador. Menyayat hati betul. Mayat tersadai tepi jalan. Takde siapa nak amik. Ada yang mati dalam rumah. ...

RISIKO JANGKITAN COVID19 BUAT WARGA EMAS

Image
Warga emas berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan komplikasi yang lebih serius. Anak atau penjaga yang tinggal berjauhan, pastikan  keperluan ibu bapa mencukupi dan jika sakit, segera bawa mereka ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Ya Allah semoga kau lindungi kami semua dari dijangkiti wabak Virus Covid19. Lindungilah kami semua dari penyakit berbahaya.  Ya Allah semoga dengan ihsan dan kasih sayangmu Semoga terhapus wabak ini dari muka bumi ini.  Ampunkan dosa2 kami Ya Allah. Aminn. #COVID19 #sihatmilikku #walkthetalk #KitaTeguhKitaMenang

APAM NASI JUADAH PETANG WAKTU PKP

Image
Bila suami ada je idea nak masak apa. Maka terhasillah apam petang ni. Semalam dah buat. Tak berapa nak jadi. Petang ni dia test lagi tapi suami den tetap tak puas hati.  Katanya tak berapa nak jadi. Isi parut kelapa takde. So dia tabur dengan hirisan gula melaka sebab apam ni kurang manis. Kira ngamlah rasanya. 😘 Apam Nasi PKP Takpe yang janji boleh makan kami ngap dengan rasa bahagia dan sedap dimakan.hihi. Mikhail suka apam ni rupanya😋 Nak abadikan kisah PKP ni macam2 aktiviti kami sekeluarga. Kalau bab masak2 serah kat suami Master Chef kat rumah. Alhamdulillah terim kasih encik suami💓 #MenuPKP #StayAtHome #StaySafe