Posts

Showing posts with the label Desire Spa

PENGALAMAN PERTAMA BUAT JOB FACIAL MOBILE SPA

Image
Ni gambar memula pi servis customer tahun lepas. Teringat 1st time facial customer gelabah juga steamer buat hal. Mujurlah facial customer yang kenal. Hihi.  Setahun sebulan juga dah jadi therapist facial ni. Masih jauh lagi perjalanan. Memang minat dah lama ada. Bila ada peluang offer kelas facial tak fikir panjang dah.  Terus daftar kelas facial basic kemudian kelas advance secara personal coaching. Sebelum tu kakRehan memang minta izin suami.  Syukur Alhamdulillah dia sangat support siap sponsor yuran dan beli peralatan facial spa.  Terharu sangat dan takkan ku sia-siakan.  In shaa Allah semoga tahun 2020 nak tambah ilmu spa lagi dan pakej spa. Nak grow team facial juga.  Doakan bisnes kakRehan terus berjaya ye semua 😍 Berminat nak booking slot facial area Klang, Port Klang dan Shah Alam boleh wasap. KakRehan 017-2549388 atau KLIK SINI Page : Desire Spa -Mobile Spa Klang #DesireSpa #MobileSpaKlang #MobileSpaPortKlang

BUANG SEL-SEL KULIT MATI DENGAN SCRUB ALFALFA

Image
Untuk facial customer kakRehan guna herba Alfalfa ni. Nak dapat kesan best of cos kena kena makan.Kita gunakan apa yang ada kat rumah. Ala macam kita guna bahan dari dapur ni kan. Tapi yang ni kita guna luaran as a scrub. Alfalfa ni bagus untuk detox. Cara kakRehan akan tumbuk sesiap banyak. Kalau untuk sekali guna boleh guna 5biji pun ok. Then tumbuk hancur jadi serbuk. Lepas tu tepek seluruh muka dan biarkan seketika bagi resap dalam kulit. Then korang sental muka dan guna teknik urutan macam cuci muka amik masa 1 minit. Jangan lelama sangat tau scrub ni. Lepas scrub muka akan rasa bersih dan licin sebab sel kulit mati kita singkirkan. Pulak fresh berangin je muka macam duk kat salji.hehe. Manfaat alfalfa sendiri untuk detox. Kalau ikut memacam manfaat bila amal dalaman. Next lah kakRehan share pasal alfalfa ni😘 Scrub Alfalfa untuk customer Desire Spa. Nak dapatkan servis facial terus ke tempat uols area Klang dan Shah Alam wasap KakRehan 017-2549388. Facial lelak...

TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA CARA BETUL

Image
Salah satu perkara yang penting dalam penjagaan kulit muka adalah kebersihannya. Sekiranya anda inginkan kulit yang cantik bersih, anda perlu kerapkan mencucinya dengan cara dan langkah yang betul.❤ 1.Cuci Muka Setiap Hari Untuk mendapat kulit muka yang licin, lembut dan suci anda perlu selalu mencucinya dengan konsisten. Petua ini adalah perkara utama dan anda perlu amalkannya setiap hari, jika anda mahu mendapatkan hasil yang memuaskan. Membersihkan muka dengan kerap bukan sahaja boleh mengembalikan kelembapan yang sesuai untuk kulit muka, bahkan ia juga boleh menyegarkan badan anda. Tapi cucian muka dengan cleanser digalakkan 2 kali sehari siang dan malam sahaja. Selebihnya jika nak tanggal mekap boleh guna make up remover, wet tisu atau micellar water pun membantu. 2.Gunakan Sabun/Pencuci Muka yang Sesuai, Pada Masa yang Tepat Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit...

Manfaat Facial Muka

Image
4 SEBAB PERLU SERVIS FACIAL MUKA 1.Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembab Facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembab secara menyeluruh. Servis facial muka dengan langkah penjagaan muka yang lengkap. Diikuti urutan pada wajah dapat melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala. Lebih relaks dan kurangkan rasa stress. Paling best boleh anjalkan kulit. Awet muda tau! 2. Membekalkan Nutrisi Pada Kulit Dengan penggunaan skincare yang formulasi sumber tumbuhabmn yang tinggi antioksidan dan vitamin.  Dari mencuci muka, toner, krim muka, seram yang kaya dengan nutrisi meresap ke dalam kulit. Ketika facial juga, pori-pori kulit muka akan terbuka semasa proses steamer.  Kulit wajah pun lebih mudah untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim rawatan itu. 3. Pengelupasan Kulit Muka Yang Sempurna Proses pengelupasan atau skrub kulit dapat menanggalkan sel-sel kulit mati agar segera digantikan dengan s...

TIPS MEMILIH SKINCARE YANG BETUL

Image
Benda pertama anda WAJIB kena tahu adalah: 1. JENIS KULIT Sebelum pilih skincare, harus tahu jenis kulit kita sendiri, bukan beli sebab kawan pakai okay. Maybe sesuai untuk dia, but tak sesuai untuk kita. Tapi, ada je skincare yg dirumus khas supaya sesuai dengan kulit semua orang. Jenis kulit yg ada: ♦ Kulit Kering ♦ Kulit Berminyak ♦ Kulit Kombinasi ♦ Kulit Sensitif ♦ Kulit Normal (untung kulit siapa macam ni) Bila dah tahu jenis kulit, senang lah kita nak pilih skincare yg sesuai untuk kulit kita. So pada yang tak tahu macamana nak kenalpasti kulit kita jenis apa, boleh refer post kakRehan sebelum ni. JENIS-JENIS KULIT 2. PRODUK SKINCARE Ni pun penting. Nak pilih produk yg bebetul elok bukan senang. Well, semua brand akan claim produk diorang bagus kan? Tapi macamana nak kenalpasti produk tu betul bagus atau berkesan? a) 1st rule anda semua kena tahu adalah, KITARAN KULIT . Kena tahu, kitaran sel kulit kita adalah kebiasaannya 28 hari. Maksudnya ...

TIPS CUCI MUKA

Image
TIPS KULIT SIHAT DAN CANTIK Untuk dapatkan kulit yang sihat pastikan rutin harian cuci muka wajib ada. Cuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit. Memadai pada waktu pagi dan malam. Boleh gantikan pencuci muka dengan make up remover untuk tanggal mekap terutama di tempat kerja. Biasanya masa nak solat muka kena bebas mekap. Elakkan dari cuci muka (dengan pencuci muka) terlalu kerap boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan hilang kelembapan. KakRehan, Salam kulit sihat cantik💖 #DesireSpa #TipsKulitSihatByKakRehan #TipsKulitSihat

KAKI MEKAP ELAKKAN INI JIKA NAK KULIT SIHAT

Image
TIPS KULIT SIHAT Uols yang kaki mekap tu. Nak kena jaga kesihatan kulit bebetul tau. Yelah bila dah selalu guna berus mekap. Make sure berus tu kenalah rajin cuci. Jangan biarkan berbulan-bulan tak cuci ye. Lepas tu biarkan bakteria beranak pinak melekat pada berus. Makanya terjadilah jerawat degil kat muka. Rosak muka tau. If sayangkan kulit. Pastikan cuci berus mekap seminggu sekali ye kekawan. Terbaik guna sabun mandian baby atau guna Basic H yang sabun serbaguna sesuai untuk pelbagai cucian. BASIC H SHAKLEE Berus mekap pun gebus dan bakteria pun tak bermaharajalela. Orang kata nak kulit sihat dan cantik kenalah rajin. Jom sayangi kulit kita❤ Berminat nak dapatkan servis facial spa secare bergerak area Klang dan Shah Alam. Boleh hubungi KakRehan 017-2549388 Boleh pilih nak normal facial ataupun treatment. Han 😘 Like page kami  Desire Spa-Mobile Spa Klang Ig : kakrehan.gojes #DesireSpa

KESAN PENGGUNAAN ALAT SOLEK YANG TEBAL

Image
Siapa kat sini kaki mekap? Tak salah nak mekap sebab salah satunya sebab nak lebih confiden, nampak cantik dan pastinya nak tutup cela kat muka. Betul kan? Ok ni kakRehan share effect kalau guna mekap tetebal. Lebih banyak keburukan pula. So macam mana? Sebaiknya jika ada masalah kulit rawat dulu masalah then bila dah pulih. Boleh tepek make up nipis dah. Haa kan best. Kulit pun dapat bernafas dan sihat. Kesan Guna Mekap Tebal Nak jaga kulit bermula dari dalam jaga pemakanan dan luaran skincare yang selamat dan bebas bahan kimia terlarang. Boleh? Like page kami  Desire Spa-Mobile Spa Klang Ig : kakrehan.gojes #TipsKulitSihatByKakRehan #DesireSpa