Bagaimana Ingin Berbakti Buat Ibu atau Bapa Yang Telah Meninggal Dunia?
Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah : 1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet. 2.Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan. 3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput. 4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah dan lain-lain. Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu. Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka. Yang mereka perlukan, antaranya ialah : 1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak. 2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak. 3. Ama...