Kebaikan dan Fungsi Lecithin Shaklee
Assalamualaikum dan salam ceria. Harini Raihan nak kongsikan kebaikan Lecithin. Baru perasan dari tahun 2011 berblogging ni Raihan tertinggal info untuk kongsikan manfaat beberapa produk Shaklee. Jadi kalini nak kongsi tentang Lecithin pula. Sebut je Lecithin Shaklee ramai yang setkan untuk kurus dan bakar lemak je. betul tak? Apa itu Lecithin? Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yg lain. Lecithin juga dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.. Apa Kandungan Lecithin? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol . Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, in...