Posts

Showing posts with the label Kisah Covid19

KISAH COVID19 - TAHNIAH KEPADA WAKIL PETUGAS JENAZAH COVID19.

Image
Tahniah suami dan rakan seperjuangannya semalam tugas pertama mereka. Suatu pengalaman tak boleh dilupa dan sangat berharga. Terlibat dalam urusan jenazah covid adalah sesuatu tak pernah jangka. Petugas Jenazah Covid19 Namun semuanya aturan Allah dan sebagai tanggungjawab fardhu kifayah. Risiko semua tolak ketepi. Ni pengalaman suami semalam bersama2 rakan lain wakil dari Masjid Nurul Iman, Teluk Gadong, Klang. Alhamdulillah ramai sukarelawan wakil masjid2 lain yang membantu JAIS dalam urusan jenazah covid ni. Mereka dibahagikan kerja bahagian tayamum, angkat jenazah dan driver van yang urusan di tanah perkuburan pula. Kena pakai fullset PPE yang selama ni tengok frontliner pakai. Sungguh dalam tu panas dan baju lencun usah dikata. Dan nafas pun agak susah juga sebenarnya. Namun diteruskan kerja. Ada kawan suami yang terpaksa stop awal akibat sesak nafas. Hebatnya frontiliner kita yang pakai PPE ni. Kita hanya mampu memandang tanpa merasa. Dan pengalaman suami semalam begitulah dapat...

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER

Image
Assalamualaikum dan salam bahagia semua. Entry kalini nak kongsilah pengalaman terima vaksin pfizer. Sebenarnya mulanya risau juga nak daftar. Sebab sibuk betul baca feedback orang lain kesan itu ini. Punyalah takut tau pakat suami isteri taknak daftar masa mula-mula tu.  Lepas cucuk wajib bergambar .hehe Kemudian dah dapat info tentang vaksin ni terutama daripada doktor perubatan yang berkaitan dan melalui  Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember tahun lepas mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.  Berita lanjut boleh klik  sini  . Selalu nampak kawan2 share dah vaksin. Alhamdulillah akhirnya nama naik juga pada 19 Julai 2021 di MSU Shah Alam. Terima kasih encik suami tolong daftarkan. Yang debarnya dahlah harini dapat tarikh esok pula nak kena cucuk. Halahh halah daku dahlah ada masalah debar (...