Percutian Percuma Shaklee Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 2
Hari Kedua di Langkawi - 20 November 2016 Sarapan pagi di restoran hotel. Menu banyak pilihan. Kita isi perut dulu banyak-banyak sebelum aktiviti seterusnya. Lepas makan ni ada sesi bergambar ramai-ramai ikut kumpulan. Langkawi Cable Car Aktiviti kami selepas sarapan dan sesi bergambar kami di bawa ke Langkawi Cable Car. Tiket naik cable car ni pun ditaja sepenuhnya oleh Shaklee tau. So kami lenggang kangkung ajelah..hehe... Alhamdulillah nilah pengalaman 1st time naik cable car seumur hidup.haha... Bila dalam tu dapat menikmati pemandangan keindahan alam kat bawah pokok-pokok dan nampak laut juga. Kemain tinggi mujur tak gayat. Kalau gayat confirm menggigil lah dalam tu. Sebenarnya ada aktiviti sky glide tapi mak yong tak larat nak tunggu dan berdiri lama. Sebab kena beratur tunggu turn lama juga. Kalau rajin boleh jalan kaki untuk lalu jambatan gantung (Skybridge). Hubby pun tak berapa sihat so kami decide lepas sampai atas tu be...