Pemakanan yang Seimbang Semasa Penyusuan
Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan Adakah anda berasa hairan mengapa bayi anda yang diberi susu ibu tidak begitu sihat atau mengalami masalah sakit perut? Jawapannya m ungkin terletak pada apa yang anda makan sebagai diet harian. Bayi anda bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sekali dalam beberapa bulan pertama kehidupannya. Pada masa ini, anda harus beringat bahawa apa yang anda makan (atau minum); dalam mengekalkan diet seimbang yang memenuhi keperluan pemakanan anda. Adalah penting kerana makanan tersebut akan “disalurkan” kepada bayi anda melalui susu ibu. Amalan diet yang betul dan seimbang adalah sangat penting. Untuk memenuhi keperluan nutrien bayi dan diri anda, pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusu. Namun, anda harus memberi perhatian kepada sesetengah makanan yang boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda. Berikut adalah beberapa minuman yang anda harus berjaga-jaga se...