Posts

Showing posts with the label Penyusuan Ekslusif

PERSIAPAN PENYUSUAN

Image
Penyusuan adalah proses yang mesti dipelajari oleh ibu & bayi.  Persediaan paling penting untuk menjayakan penyusuan memerlukan sebanyak mungkin pengetahuan dikumpul semasa anda mengandung lagi. Jadi, hadiri Kelas Persediaan Penyusuan adalah kunci kejayaan. Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu anda & bayi menjayakan penyusuan : 1) Hadiri Kelas Persediaan Penyusuan / Kelas Antenatal yg meliputi topik penyusuan secara meluas /  keseluruhan. 2) Mulakan menyusuan secepat mungkin selepas kelahiran bayi, sebaliknya dalam masa satu jam pertama. Bahan yang dikeluarkan dari payu dara ibu semasa beberapa hari pertama selepas bersalin (kolostrum) kaya dengan protein dan dapat membantu menghalang jangkitan. 3) Cuba posisi yg berlainan semasa menyusukan bayi. Elakkan posisi membongkokkan bayi, sebaliknya duduk tegak dan bawa bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal sebagai penyokong. Pastikan lekapan bayi betul pada payu dara. 4) Pastikan bayi menghisap areola payu ...

Berjayakah Penyusuan Tanpa Stok Susu?

credit Sekarang ni kebanyakan ibu menyusu membuat simpanan  stok  susu perahan (yang dibekukan) dengan begitu banyak, sehingga terpaksa membeli peti sejuk khas (deepp freezer ), malah terlalu banyak sehingga stok lama sudah mencapai tarikh luput. Maka terpaksalah buat  mandi  susu. Perkembangan ini sangatlah positif, memandangkan kini konsep ibu dan anak susuan kembali mengambil tempat (menggantikan peranan susu  formula  bagi ibu2 yang tidak boleg menyusukan anaknya). Jadi susu yang banyak2 tu boleh beri kepada anak-anak ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan yang kurang positif terhadap sesetengah ibu, terutama yang kurang sokongan. Misalnya merasakan bahawa tanpa stok sebegitu banyak, seorang ibu itu tak mampu membekalkan susu badan yang cukup untuk anaknya (terutama ibu bekerja). Sebenarnya tidak, selagi si ibu boleh membekalkan susu mengikut keperluan anaknya, pasti dapat menyusukan dengan berjaya. Stok susu sebenarny...

Susu Berkualiti vs. Penyusuan Berkualiti

Image
Susu ibu manusia kepada anak manusia adalah susu yang paling tinggi kualiti di dunia (sepertimana susu dugong untuk anak dugong, susu kucing untuk anak kucing, susu harimau untuk anak harimau). Ajaibnya susu ibu, walaupun si ibu mengalami kekurangan zat makanan, susu yang dihasilkan tetap yang terbaik dan tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana susu yang ada di dunia ini. Walau sebagus manapun susu formula yang dicanangkan di media, susu ibu mempunyai komposisi yang lengkap, lebih dari apa yang ada dalam susu formula. Malah, susu ibu adalah ‘personalized’, ia mengikut keperluan bayi kepada ibu tersebut. Susu berkualiti vs. penyusuan berkualiti? Susu ibu = TINGGI KUALITI. Meskipun ibu menghidap AIDS, di negara2 dunia ketiga, ibu-ibu yang dijangkiti virus HIV tetap digalakkan menyusukan anak, kerana pemberian susu lain lebih berbahaya kepada bayi mereka. Kualiti susu ibu memang tak boleh disangkal oleh sesiapa. Tapi bagaimana dengan penyusuan berkualiti? Penyusuan berkualiti men...

Tip Penyusuan Susu Botol

Salam semua....harini saya nak share pasal penggunaan botol susu kepada bayi. Walaupun penggunaan botol tidak digalakkan bagi ibu yang menyusu badan tapi penggunaan botol memudahkan baby sitter/pengasuh memberi susu kepada anak di bawah jagaan mereka. Saya juga terpaksa mengajar anak untuk guna botol sebab memudahkan pengasuh dari menggunakan cup feeder sebab rase cam susu membazir je bila tumpah. Anak pun macam tak puas kalau guna cup or guna sudu. Alhamdulillah anak saya tak keliru puting. So,nak guna botol pun kena tau kangkah penjagaan nye tau.....Jom check kt bawah.. Tip Penyusuan Pastikan anda mematuhi arahan yang diberikan dengan hati-hati. Basuh dengan cermat botol susu plastik atau kaca termasuk juga alatan yang digunakan untuk menyediakan susu. Kalau boleh, gunakan air panas yang bersabun dan basuh dengan air paip yang bersih. Kemudian rebus selama lima minit dalam periuk khas atau sterilizer. Panaskan susu dengan meletakkannya dalam air panas atau menggunakan warmer. Jangan...

Panduan utk ibu ibu yang sedang mengandung dan mahu menyusukan anak SECARA EKSKLUSIF:

Image
Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama (tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2 tahun. Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan. Panduan utk ibu ibu yang sedang mengandung dan mahu menyusukan anak SECARA EKSKLUSIF: 1. Hadiri Kelas Persediaan Breastfeeding atau kaunselor/konsultan laktasi Terdapat beberapa Hospital/Breastfeeding Centre yang mengadakan Kelas Persediaan Sertainya dan bawa suami atau org tua yangakan menjaga anda semada dalam pantang Breastfeeding is natural, tetapi ianya masih skill yang perlu dipelajari antaranya latch on yang betul Breastfeeding sepatutnya TIDAK menyakitkan Mulut bayi terbuka luas dan bibirnya merangkumi bahagian aerola (bukannya terlipat ke bahagian dalam) Nipple ibu sepatutnya berada di bahagian lembut rahang atas mulut bayi Dan bukannya bahagian keras Proper latch penting demi: Mengelakkan nipple sakit atau crack Mengelakkan breast engorgement Melancarkan pengaliran a...

Faedah Susu Ibu

Image
Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud; "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu. Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi. Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula. SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibo...

Penyusuan Ekslusif sehingga Bayi Enam Bulan

Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam: ``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah. Kelebihan susu ibu * Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif). * Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi * Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 199...