5 PERANAN SUAMI DALAM PENYUSUAN SUSU IBU
Alhamdulillah saya beruntung dapat suami yg menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu ni. Beliau sanggup mengeluarkan belanja utk beli peralatan pam dan aksesori lain utk persediaan sebelum bersalin lagi. Thanks my dear huby...S Suami adalah orang yang paling penting dalam menyokong isteri untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Terutamanya ketika isteri baru lepas bersalin dan masih dalam pantang. Apa yang boleh suami lakukan? 1- Sokongan moral - suami perlu memberi galakan kepada isteri untuk memberi susu ibu sejak daripada awal isteri hamil dan selepas bersalin. Sokongan daripada suami sangat-sangat diharapkan oleh isteri. Suami boleh sama-sama menimba ilmu tentang penyusuan susu ibu, sekurang-kurangnya tahu serba sedikit kepentingan dan kelebihan susu ibu. 2. Sokongan dari segi emosi - Apabila selepas bersalin dan di awal penyusuan, pelbagai masalah yang isteri hadapi dalam menyesuaikan diri dengan dunia susu ibu. Permulaan susu ibu yang sedikit (kolostrum) selalu menjadi tek...