Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia
Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah : Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan. Polisi ini jelas menyatakan HANYA susu ibu SAHAJA makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi. Bila dinyatakan susu ibu adalah makanan terbaik, ianya memberikan ruang yang longgar untuk ibu bapa untuk memilih susu mamalia lain. Namun apabila ditekankan bahawa hanya susu ibu satu satunya makanan yang sesuai untuk bayi mereka, ramai ibu bapa mula memahami kepentingan susu ibu. Kolustrum adalah susu ibu awal Susu ibu terhasil dalam bentuk KOLUSTRUM pada minggu pertama kelahiran. Kolustrum ialah susu awal yang likat dan berwarna jernih malah terhasil dalam kuan...