Pemakanan yang Seimbang Semasa Penyusuan

Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan




Adakah anda berasa hairan mengapa bayi anda yang diberi susu ibu tidak begitu sihat atau mengalami masalah sakit perut? Jawapannya mungkin terletak pada apa yang anda makan sebagai diet harian. Bayi anda bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sekali dalam beberapa bulan pertama kehidupannya.

Pada masa ini, anda harus beringat bahawa apa yang anda makan (atau minum); dalam mengekalkan diet seimbang yang memenuhi keperluan pemakanan anda. Adalah penting kerana makanan tersebut akan “disalurkan” kepada bayi anda melalui susu ibu. Amalan diet yang betul dan seimbang adalah sangat penting.
Untuk memenuhi keperluan nutrien bayi dan diri anda, pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusu. Namun, anda harus memberi perhatian kepada sesetengah makanan yang boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda. Berikut adalah beberapa minuman yang anda harus berjaga-jaga semasa menyusu.

Perubahan dalam rasa

Sesetengah makanan boleh menjejaskan rasa dan kandungan susu ibu, jadi berjaga-jaga dengan jenis makanan yang boleh menyebabkan si manja anda menderita.

-Buah-buahan sitrus
Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren, dan limau gedang adalah berasid dan boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi anda yang belum matang. Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu, epal dan lain-lain.

-Makanan laut dengan kandungan merkuri yang tinggi
Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak, tenggiri raja dan tilefish. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin, dan ikan air tawar.

-Intoleransi makanan atau alahan
Berjaga-jaga dengan tanda-tanda intoleransi atau alahan makanan pada bayi anda; dia mungkin mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam, dan ekzema atau pernafasan bersiul. Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini, cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (Alergen yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak).

-Alkohol
Elakkan daripada meminum alkohol sebelum menyusu. Jika anda meminum alkohol, hadkan kepada jumlah yang sedikit (setengah gelas atau kurang); ini akan mengurangkan jumlah yang dirembeskan ke dalam susu ibu. Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan refleks pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya selamat untuk dimakan kerana alkohol tersebut akan mengalami penyejatan.

-Kafein
Untuk penggemar kafein – kafein boleh mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan minuman berkarbonat sebanyak mungkin; berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan. Ia mungkin kesempatan yang baik untuk membuang tabiat pengambilan kafein, dan anda mungkin ingin bertukar kepada kopi atau teh yang telah dinyahkafein?

Penyusuan bergantung sepenuhnya pada badan ibu, jadi adalah penting untuk menjaga diet anda dengan lebih baik bagi memastikan anda dan bayi anda mendapat pemakanan yang betul.

Penyimpanan dairi makanan adalah berbaloi jika anak anda masih mempunyai tindak balas yang teruk terhadap susu ibu. Bayi anda menerima apa yang anda makan, jadi makanlah dengan baik untuk penyusuan yang baik dan ini akan membantu anda untuk mencapai tempoh minimum enam bulan penyusuan eksklusif untuk manfaat diri dan bayi anda.

Sumber : mypositiveparenting.org

Feel free to Like & Share

Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER