7 Rahsia Di Sebalik Surat Al-Kautsar

7 Rahsia Di Sebalik Surat Al-Kautsar


Assalamualaikum semua... Perkongsian harini nak share rahsia sebalik surah al kautsar. Surah yang sangat pendek dan mudah dihafal. Selalu kita jadikan amalkan membaca terutama dalam solat. Saya pun baru tahu khasiat surah al-kautsar ini. Moga beri manfaat dan sama-sama kita amalkan.

Surat ini adalah surat yang paling pendek dalam Al Qur'an, hanya mengandung 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan berasal dari sungai di Surga. Kolam sungai ini diperbuat dari pada batu permata yang indah dan cantik. Rasanya lebih manis dari pada madu, warnanya pula lebih putih dari pada susu dan lebih wangi dari pada kasturi.





Surat ini disifatkan sebagai surat penghibur hati Nabi Muhammad SAW., kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 (dua) orang yang dikasihinya,iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surat Al Kautsar dan boleh kita amalkan, diantaranya ialah:
  1. Ketika hujan, bacalah surat ini dan berdo'a. Insya Allah, do'a kitadikabulkan oleh Allah SWT.
  2. Ketika kita kehausan dan tiada air, bacalah surat ini dan gosok di leher. Insya Allah hilangkan rasa dahaga.
  3. Ketika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak. Sapukan air tawar yang sudah dibacakan surat ini sebanyak 10 kali pada mata.
  4. Ketika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surat ini 10 kali Insya Allah, Allah SWT. memberi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
  5. Jika kita membaca surat ini 1.000 kali. Insya Allah rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika kita rajin membaca surat Al Kautsar. Insya Allah hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan shalat.
  7. Jika ada orang teraniaya dan terpenjara, bacalah surat ini sebanyak 71 kali. Insya Allah, Allah SWT. akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizhalimi    

Rasulallah SAW bersabda: "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)
Subhanallah ... Semoga kita dapat mengambil pengetahuan bermanfaat yang bernilai ibadah lewat tulisan ini dan mengamalkan dalam kehidupan sehari - hari. Aamiin

Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER