7 Sebab Kenapa tubuh kita memerlukan vitamin tambahan?
Menurut pakar Nutrisi terkemuka, Dr. Ray Strand definisi gaya hidup sihat di era moden ini adalah MAKANAN SEIMBANG, SENAMAN DAN MAKANAN TAMBAHAN! Di sini disenaraikan 7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplement atau pun dalam bahasa mudahnya makanan tambahan. 1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. 2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut. 3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak. 4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan,