TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA CARA BETUL




Salah satu perkara yang penting dalam penjagaan kulit muka adalah kebersihannya. Sekiranya anda inginkan kulit yang cantik bersih, anda perlu kerapkan mencucinya dengan cara dan langkah yang betul.❤

1.Cuci Muka Setiap Hari

Untuk mendapat kulit muka yang licin, lembut dan suci anda perlu selalu mencucinya dengan konsisten. Petua ini adalah perkara utama dan anda perlu amalkannya setiap hari, jika anda mahu mendapatkan hasil yang memuaskan.

Membersihkan muka dengan kerap bukan sahaja boleh mengembalikan kelembapan yang sesuai untuk kulit muka, bahkan ia juga boleh menyegarkan badan anda.

Tapi cucian muka dengan cleanser digalakkan 2 kali sehari siang dan malam sahaja. Selebihnya jika nak tanggal mekap boleh guna make up remover, wet tisu atau micellar water pun membantu.

2.Gunakan Sabun/Pencuci Muka yang Sesuai, Pada Masa yang Tepat

Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka anda mudah kering.

Lagipun, sabun pencuci muka direka untuk kulit muka. Kebanyakan produk yang anda boleh dapatkan dipasaran memuatkan nutrisi dan bahan-bahan yang boleh mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit muka.

Kulit muka adalah antara kulit badan yang paling sensitif, oleh itu jagalahnya dengan baik.

3. Bilas Dengan Sempurna

Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda, adalah terbaik jika anda bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.

Pastikan anda menghilangkan semua kesan sabun tersebut dari muka, hal ini kerana kesan sabun tersebut mungkin mengandungi kesan bakteria dari muka anda. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, bakteria tersebut mungkin boleh hinggap balik ke atas muka anda.

4. Keringkannya Dengan Betul

Lapkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Apa yang paling penting dalam langkah ini adalah kebersihan pada tuala tersebut. Jika anda menggunakan tuala/tisu muka yang kotor, muka anda ada kemungkinan untuk dihinggapi oleh bakteria.

Salam kulit sihat cantik semua😘

#DesireSpa
#MobileSpaPortKlang
#MobileSpaKlang

Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER