Posts

Showing posts from July, 2021

TERIMA KASIH PEMBERI SUPRISE HADIAH HARIJADI KAKREHAN TAHUN 2021

Image
Assalamualaikum dan salam ceria pembaca blog kakrehan semua.  Saya nak berkongsi perasaan gembira dengan pembaca semua bulan Julai bulan istimewa kakRehan. Bulan kelahiran kakRehan birthday 8 Julai haritu. Alhamdulillah rezeki Allah hadirkan insan yang sangat baik hati bagi surprise gift birthday. Hadiah tudung sugar Scarf daripada Fieza kawan dan juga cucu Shaklee. Terima kasih Fieza            Hadiah cawan comel nampak ekslusif daripada Kak Nor kawan merangkap  anak Shaklee.Terima kasih Kak Nor                                              Hadiah tasbih digital dan penujuk Al Quran daripada Aien merangkap kawan dan cicit Shaklee.  Terima kasih Aien. Hadiah purse cantik daripada kakak kakrehan sis Umi. Tq my sis. Terima kasih semua. Happy sangat Alhamdulillah. Semoga Allah balas kebaikan dunia akhirat dan kebaikan dunia akhirat buat kalian semua. Amin

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER

Image
Assalamualaikum dan salam bahagia semua. Entry kalini nak kongsilah pengalaman terima vaksin pfizer. Sebenarnya mulanya risau juga nak daftar. Sebab sibuk betul baca feedback orang lain kesan itu ini. Punyalah takut tau pakat suami isteri taknak daftar masa mula-mula tu.  Lepas cucuk wajib bergambar .hehe Kemudian dah dapat info tentang vaksin ni terutama daripada doktor perubatan yang berkaitan dan melalui  Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember tahun lepas mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.  Berita lanjut boleh klik  sini  . Selalu nampak kawan2 share dah vaksin. Alhamdulillah akhirnya nama naik juga pada 19 Julai 2021 di MSU Shah Alam. Terima kasih encik suami tolong daftarkan. Yang debarnya dahlah harini dapat tarikh esok pula nak kena cucuk. Halahh halah daku dahlah ada masalah debar (anxiety ni).hihi. Apapun

CORETAN HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2021

Image
Assalamualaikum dan Salam Aidiladha semua.   Hayati hadis ini. Dua hari raya adalah kurniaan Allah kepada hambaNya yang beriman. حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ لِأَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ يَوْمَانِ فِي كُلِّ سَنَةٍ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَلَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ قَالَ كَانَ لَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُونَ فِيهِمَا وَقَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ الْأَضْحَى. رواه النساءى Telah menceritakan kepada kami Humaid dari Anas bin Malik dia berkata, "Orang-orang jahiliah mempunyai dua hari dalam setiap tahun untuk bermain-main. Setelah Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, Baginda ﷺ bersabda, 'Kamu dahulu mempunyai dua hari untuk bermain-main, sungguh Allah telah menggantinya dengan yang lebih baik dari keduanya, yakni hari (raya) Fitri dan hari (raya) Adha (Kurban) '." HR Nasaie (1538)

ALHAMDULILLAH MENANG CABUTAN BERTUAH CINCH TEA MIX DARIPADA LEADER SHAKLEE

Image
Assalamualaikum dan salam bahagia. Saya nak share berita gembira dengan pembaca semua. Saya menang cabutan  bertuah.Ho yeah! Alhamdulillah syukur bila bonda shaklee umum dalam grup senarai nama yang menang. Nama saya pun tersenarai sekali. Ni lucky draw team kami untuk bulan Jun 2021. Rezeki kalini menang sekotak cinch tea mix Shaklee. Nilah hadiah lucky draw dah sampai dan siap bancuh panas2 sedapnya Yang bulatkan merah tu lah saya. Alhamdulillah menang sekotak cinch tea mix Shaklee Ni pemenang yang lain juga. Bestkan hadiah masing2 Manfaat Cinch tea mix Shaklee Alhamdulillah saya dah terima hadiah cinch tea mix. Yeahh! Sesuai dibancuh panas, suam mahupun sejuk. Boleh nak tambah lemon dan madu pun boleh juga tau. Syukur alhamdulillah kalini wakil team menang lucky draw pula. Bulan ni pun masih ada lucky draw untuk bulan Julai pula. Semoga ada rezeki saya lagi.hihi. Dan rezeki team Desire Family yang lain juga menang. Banyak hadiah-hadiah menarik tau.  So untung juga team kami berpelua

ALHAMDULILLAH BERTAMBAH USIA KU. TERIMA KASIH MAK TERSAYANG DAN SUAMI TERCINTA

Image
Terima kasih suami dan anak-anak raikan birthday mama Alhamdulillah bertambah setahun usiaku. Syukur Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur. Terima kasih mak Siti Rohani melahirkan diri ini bersama kembarku Mohd Nasrul . Happy birthday mat. Semoga cepat kahwin. Hihi. Dan dalam rahmat kasih sayang Allah. Terima kasih tolong jagakan mak. Terima kasih suami belikan kek sedap dari Bakers Cottage Terima kasih encik suami Mohamad Hafiez belikan kek birthday. Terima kasih anak2 dan suami raikan mama Berlakon lebih ni hehe. suami tetap suwit sawit.hihi Doakan saya Siti Nusrat Raihan Binti Idris diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dikurniakan rezki hebat dan kaya berjaya dunia akhirat serta dalam rahmat kasih sayangNYA. Aminn. #BirthdayKakRehan #FamilyKakRehan

SELAMAT ULANGTAHUN MAK KE 70 - TAHUN 2021

Image
Tahun lepas rezeki dapat sambut ulangtahun kelahiran mak bersama2. Tahun ni tidak kesampaian nak sambut bersama dah setahun tak balik jumpa mak tersayang. Namun dari kejauhan ini siti nak ucapkan Selamat Ulangtahun Mak Siti Rohani yang ke 70 tahun. Kawan2 jom sama2 doakan untuk mak saya, Semoga Allah Beri kesihatan yang baik buat mak. Dapat beribadah dengan baik, sentiasa bahagia selalu dan dalam lindungan Allah. Aminn. Tunggu anak2 mak balik bila boleh rentas negeri pakat nak cium peluk mak. Semoga cepatlah covid19 ni berakhir. Aminnn. #FamilyKakRehan