PART 2 : DONE DOSE KEDUA VAKSIN PFIZER KENA CUCUK DENGAN ARTIS WANY HASRITALAH!
Alhamdulillah done vaksin 2nd dose pfizer pada 9 Ogos 2021. Seawal 7.30 pagi bergerak menuju ke MSU Shah Alam. Tempat yang sama macam haritu. kalini hanya penerima dos kedua vaksin je yang ada. Kalau sebelum ni masa kakRehan datang tu ada lane untuk penerima dos 1 dan 2.
No giliran cucuk vaksin |
Urusan vaksin berjalan lancar ikut step ikut checkpoint tempat duduk yang kami perlu pegi dan tunggu. Sebelum nak kena cucuk tu kebetulan kakRehan ternampak orang laki yang inject tau kat bahagian lane lain.
Terus tanya staff yang jaga lane kakRehan tu laki ke perempuan yang inject.haha. Yelah segan ui takkan laki nak cucut aurat.huhu. Suami kakRehan pun pesan pilih perempuan yang inject nanti.
Bila dah turn kena cucuk tu. Terus terkejut tengok staff inject tu. Ehh artislah walaupun tak nampak muka sepenuhnya. Wany Hasrita lah! Siap tanya dia. Lembut je suara dia. Boleh berlagak tak nih.Haha. Pakai mask pun boleh cam dia. Dia je mana kenal kita
Doakan kakRehan sihat2 ye. Ini part of ikhtiar. Alhamdulilah cucuk kali kedua ni tak pening kepala macam kali pertama. Tempat inject tu jelah sakit bengkak beberapa hari je. Semoga Allah lindungi kita semua dari virus jahat ni dan kita diberi kesihatan yang baik. Aminn.
Comments