Jauhi Kacip Fatimah Jika Anda Ibu Menyusukan Anak dan Mengandung
Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumila telah digunakan secara turun temurun untuk membantu mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual. Sama seperti Tongkat Ali untuk lelaki. Air rebusan kacip fatimah terutama b ahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin. Antara 9 fungsi utama kacip fatimah (1) Menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi peranakan wanita lepas bersalin (2) Sekiranya diambil ketika menstruasi, boleh membantu mengurangkan kesakitan (period pain) kerana ia mempunyai fungsi anti-dysmenorrhoea yang dapat membantu melancarkan pengaliran menstruasi (3) Digunakan untuk memulihkan gangguan kepada sistem peranakan wanita seperti dysentery dan gonorrhoea (4) Membantu menyeimbangkan hormon wanita dan mengatasi masalah lepa...