KHAS UNTUK WANITA : TIPS BERGUNA JIKA BERADA DALAM SITUASI BERBAHAYA
Sedikit Info yang sangat membantu: 1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam? Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat. 2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah? Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap. 3. Apa yang perlu seorang wanita laku...