Kesan Kafein Pada Penyerapan Vitamin
Kesan Kafein (Kopi dan Teh) Pada Penyerapan Vitamin Raihan nak kongsikan persoalan yang selalu ditanya oleh pengguna. Kenapa tak boleh ambil vitamin sekali dengan kafein terutama lepas minum kopi, teh ataupun nescafe pun kategori kopi juga. Termasuk juga teh hijau. Saya ni peminat teh hijau juga. Nescafe pun ambil tapi jarang. Meh kita tengok satu persatu kesan kafein pada vitamin-vitamin yang anda consume. Jangan salahkan vitamin pula kalau sendiri tak pantang part ni ye. (1) Kalsium Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil kira-kira bersamaan dengan satu cawan kopi, 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun 1 jam selepas pengambilan kafein. Kafein juga menghalang sejumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah kalsium yang disimpan oleh tulang. Walaubagaimanapun ini berlaku bila pengambilan kafein terlalu tinggi dan pengambilan kalsium terlalu rendah. Kajian telah...