Kesan Kafein Pada Penyerapan Vitamin

Kesan Kafein (Kopi dan Teh) Pada Penyerapan Vitamin



Raihan nak kongsikan persoalan yang selalu ditanya oleh pengguna. Kenapa tak boleh ambil vitamin sekali dengan kafein terutama lepas minum kopi, teh ataupun nescafe pun kategori kopi juga. Termasuk juga teh hijau. Saya ni peminat teh hijau juga. Nescafe pun ambil tapi jarang.





Meh kita tengok satu persatu kesan kafein pada vitamin-vitamin yang anda consume. Jangan salahkan vitamin pula kalau sendiri tak pantang part ni ye.

(1) Kalsium


Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil kira-kira bersamaan dengan satu cawan kopi, 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun 1 jam selepas pengambilan kafein. Kafein juga menghalang sejumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah kalsium yang disimpan oleh tulang. Walaubagaimanapun ini berlaku bila pengambilan kafein terlalu tinggi dan pengambilan kalsium terlalu rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang tidak mengambil kafein atau minum dalam jumlah yang sederhana (1-2 cawan sehari).

(2) Vitamin D


Kafein menghalang reseptor vitamin D, yang menghadkan jumlah serapan. Oleh kerana vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, kafein juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko osteoporosis.

(3) Iron/Zat Besi


Kafein mengganggu penyerapan zat besi, yang perlu untuk pengeluaran sel darah merah. Minum kafein dan pada masa yang sama ambil sumber zat besi seperti Vitalea boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Jarakkan sekurang-kurangnya satu jam.

(4) Vitamin B


Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, yang yang menyebabkan kita kerap buang air kecil. Vitamin Bcomplex adalah vitamin larut air. Jadi kalau kerap kencing, lebih banyak bendalir hilang dari badan akibatnya vitamin B turut hilang. Di samping itu, ia mengganggu metabolisme beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Tapi ada satu kelebihan kafein pada penyerapan Vitamin B iaitu vitamin B12. Kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap B12.

(5) Vitamin dan Mineral lain


Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu tindakan vitamin A.

Jadi bolehkah minum kopi atau tea sebelum atau selepas makan vitamin? Cara terbaik untuk elakkan dari pengurangan penyerapan vitamin adalah minum kopi antara waktu makan. Contoh tea time..bukannya selepas atau sebelum makan. Bagi peluang pada badan untuk serap kebaikan dari vitamin dan makanan yang kita makan sebelum minum kopi yang boleh memusnahkan proses tersebut.

Biasanya saya mencadangan pengambilan vitamin 2 jam selepas atau sebelum minum kafein. Bila amal vitamin tiada kesan. So dah tahukan kenapa tak boleh ambil kafein sekali vitamin. Nak minum boleh tapi kurangkanlah. Sehari ambil secawan ke.. tepuk dada tanya hati. Membazir je kalau beli vitamin kemudian makan sekali dengan kafein. Tak dapat apa-apa kesan pun.


Sharing is loving .



Berminat nak jadi ahli Shaklee sekitar Bandar Botanic, Port Klang, Klang, Shah Alam, Bukit Tinggi, Andalas, Teluk Panglima Garang.


Nak rasai kelainan BERSHAKLEE?SIHAT, CERIA DAN GEMBIRA.


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358

Shaklee ID 852419

ct_nusrat@yahoo.com
Free consultation for every purchase
LIKE Fanpage FB Babyqaireen Shoppe

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,  PORT KLANG, PANDAMARAN,  BUKIT TINGGI, TELUK PANGLIMA GARANG , SIJANGKANG, SHAH ALAM, BANDAR PUTERA, BANDAR PUTERI, SG UDANG, KOTA KEMUNING, JALAN KEBUN


Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER