Latih Anak Minum Guna Botol Susu
Ada sesetengah bayi yang bermasalah untuk minum pakai botol walaupun minum susu ibunya sendiri yang diperah. untuk melatih bayi, memang perlukan kesabaran. sebaik-baiknya latih 3 minggu sebelum anda mula bekerja. elakkan mula terlalu awal untuk mengelakkan berlaku nipple confuse dan bayi menolak terus untuk menyusu dengan ibu. Sebelum mulakan latihan perlu persediaan dulu. Antara persediaan yang perlu dibuat. Tips di bawah ni saya share daripada kawan biz saya Hanis ... Beli botol dan puting yang menyerupai B ibu. Kini terdapat banyak produk yang sesuai untuk penyusuan susu ibu. Antaranya tommy tippee, NUK, MAM. Personally, saya sukakan Tommy tippee sebab bentuk putingnya yang lebar dan pendek, macam bentuk B. Sediakan puting flow paling perlahan. Tak kira berapa usia bayi, apabila menggunakan flow paling perlahan bayi akan terpaksa berusaha menghisap sepenuh hati sama seperti ketika minum direct dari ibu. Pada permulaan, sediakan cuma 2 oz susu dan tambah setiap 0.5oz sekiranya bay