PENTINGNYA KALSIUM UNTUK WANITA, TERUTAMA BAGI YANG MENGANDUNG DAN MENYUSU.
Kita sebagai wanita tidak boleh lari dari masalah osteoporosisi... mengapa? Kerana kita mengandung dan menyusukan anak. Maka pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting. Antara tanda kekurangan kalsium adalah sakit tulang belakang, badan mudah lenguh2, kaki mudah kebas, sakit kepala dan yang paling senang nak lihat.... CUBA LIHAT TAPAK KAKI BAHAGIAN BELAKANG, JIKA KELIHATAN KULIT KAKI KASAR DAN BANYAK PECAH2 maka segeralah amik kalsium dalam diet harian.
Kita boleh dapatkan kalsium dengan mudah melalui susu namun perlu diingat susu mengandungi lemak yang tersembunyi. Walaupun dia tulis rendah lemak namun ianya tetap lemak. Sebab tu yang lebih memilih kalsium tablet sebagai pengganti. Saya tetap minum susu tetapi tidak secara harian.
Keperluan badan kita memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. kita diajar sejak dari bangku sekolah kalsium penting untuk tulang dan gigi yang kuat... tapi cikgu lupa nak ajar yang kalsium juga penting untuk membina sel darah. Jika kalian memang mengamalkan pengambilan kalsium tablet, pastikan ianya mengandungi bukan sahaja kalsium karbonat namun adalah baik jika adanya kehadiaran kalsium nitrat yang memudahkan pencernaan dalam tubuh.
Seorang pakar nutrisi memaklumkan ...
Ketika seorang wanita itu hamil maka dia memerlukan 400mg lebih kalsium harian dan semasa penyusuan dia memerlukan lebih 300mg.
Hakikat sebenarnya
- Kalsium sering terdapat di dalam makanan yang tinggi kandungan kalori dan lemak seperti contoh bahan tenusu, keju, yogurt dan kacang soya.
- banyak sumber kalsium yang kaya dengan kolestrol
- Kalsium yang wujud dalam sesetengah makanan mungkin tidak dapat digunakan oleh tubuh badan. Sebagai contoh...
Kalsium dalam bayam dikaitkan dengan asid oksalik. Kalsium dalam kebanyakan gandum dikaitkan dengan fifat yang mana boleh mencegah kalsium digunakan secara berkesan dalam tubuh badan.
Secara keseluruhan kalsium sangat penting untuk
- # membina tulang dan gigi yang kuat
- # membaiki ransangan urat saraf
- # mengelakkan kekejangan otot
- # untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah
Adakah terdapat kesan sampingan apabila mengambil supplement ke atas anak yang dikandung serta yang sedang disusukan? Jawapannya ialah kesan yang baik iaitu membantu pembesaran kedua2 anak...baik yang di dalam mahupun di luar. Pengambilan supplement adalah pilihan alternatif bukannya satu perkara yang wajib. Terpulang kepada individu sama ada hendak mengambil atau tidak. Setiap kita mempunyai hak ke atas taraf kesihatan kita sendiri. Tepuk dada tanya selera.
Namun satu yang ibu pasti pengambilan supplement ini membantu meningkatkan taraf kesihatan agar tubuh kita sihat dan kita dapat beramal untuk Allah dengan lebih baik. Setiap usaha perlu ada iringan istiqamah, baru menampakkan hasil. Sesungguhnya kesihatan itu satu rezeki dariNya jua, kita makhluk hanya mampu berusaha.
credit azlin
Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.
Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.
Comments