Hari Ke--2 Susu Tak Keluar, Perlukah Milk Booster?


Assalammualaikum,

Soalan

"Salam Kak, nak tanya ni.kak ipar saya baru bersalin 2 hari lepas. dia lgsg xda susu badan. kalau amik vitamin shaklee mcmana?"

Jawapan

Kredit : susuibu.com
Hari 1-3 yang keluar bukanlah susu tetapi adalah cecair emas ataupun kolostrum yang mana yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Kebanyakan ibu mulai mengepam pada hari ke-4 untuk mempercepatkan proses penghasilan susu di mana prinsip asas untuk perbanyakkan susu ialah LEBIH BANYAK SUSU DIKELUARKAN LEBIH BANYAK LAGI SUSU BARU AKAN DIHASILKAN. Penghasilan susu matang  pula bergantung kepada badan ibu  itu sendiri dan  ibu boleh mula memerah/mengepam setiap 3 jam sekali. Jangan risau jika ada sesetengah ibu tidak mempunyai susu kecuali mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau ada juga sesetengah ibu dianugerahkan gugusan alveoli yang sedikit dan apa yang perlu ibu buat ialah banyakkan pengambilan makanan yang berzat dan seimbang contohnya ibu menyusu memerlukan banyak protein, zink, karbohidrat, kalsium, lemak dan sebagainya. 

Jangan risau jika si kecil menangis kerana ia bukan mahukan susu  sahaja tetapi ia mahukan dirinya dipeluk dan  dirangkul oleh si ibu bagi mendapatkan keselesaan. Bayi yang baru lahir memerlukan penyesuaian dengan dunia luar dan bukannya menangis semata-mata mahukan susu. Yakinlah bahawa kita mampu membekalkan susu kepada si kecil. Perut si kecil hanya sebesar biji guli yang  memerlukan 20ml susu sahaja dan bukannya 200ml. Lebih banyak hisapan daripada mulut si kecil maka lebih banyak susu akan terhasil. Ingatlah susu kita bukan keluar memancut-mancut tapi memerlukan banyak rangsangan dari si kecil. 1 jam pertama teruslah menyusukan si kecil anda selagi boleh kerana masa itu si kecil sangat alert dengan persekitarannya. Jika boleh elakkan menyusu menggunakan botol kerana ia akan mengganggu proses penyusuan itu nanti.

Perlukah penggalak susu semasa hari pertama bersalin. Bagi saya TIDAK perlu. Ibu kena ingat, menyusu memerlukan ilmu. Jika ibu makan penggalak susu tetapi tidak ada rangsangan dari hisapan si kecil, tidak ada sesi pemerahan ataupun mengepam maka susu tidak akan terhasil. Selalunya ibu akan merasa bengkak susu di hari ke-3 dan seterusnya. Ditakuti jika si ibu mengambil penggalak susu di awal-awal berpantang akan berlaku masalah bengkak susu jika jadual menyusu/memerah tidak konsisten dan ia akan mengundang masalah lain seperti demam bengkak susu, mastitis dan seterusnya breast abcess. Ada sesetengah ibu tidak mengambil penggalak susu tetapi hanya mengambil suplemen sahaja tetapi masih dapat menghasilkan stok yang banyak kerana si ibu itu faham fungsi suplemen dan konsisten dengan jadual mengepam.

Tidak salah jika si ibu ingin mengambil suplemen kerana pengambilan suplemen membantu ibu untuk lebih bertenaga, mengurangkan masalah kemurungan, mengurangkan rasa stress, membuatkan badan si ibu lebih segar dan bertenaga kerana si ibu perlu menyusukan si kecil, menjaga anak-anak yang sedia ada serta terpaksa melakukan kerja-kerja rumah sendirian bagi ibu  yang tidak mempunyai pembantu rumah ataupun berpantang bersendirian.

Sebenarnya ada perbezaan antara SUPLEMEN dan juga PENGGALAK SUSU tetapi ada juga sesetengah suplemen akan menjadi penggalak susu apabila ia membantu meningkatkan penghasilan susu kepada sesetengah ibu. Walaubagaimana pun apa yang patut kita concernkan ialah perbaikilah taraf kesihatan itu sangatlah penting kerana apabila si ibu itu merasa lebih sihat, bertenaga dan kurang rasa stress si ibu dapat menjalani tugas-tugas 'hakikinya' di rumah dengan baik dan dapat melayan hati sang suami dan juga si kecil. 

Bagi saya untuk menjadi IBU dan ISTERI bukanlah mudah sebab kita perlu menjaga keperluan si suami dari segi makan dan minum, pakaian, menajga hubungan intim dan harta si suami kerana Allah telah menjanjikan syurga dan pahala buat kita. Sebagai wanita yang bergelar ibu juga, kita perlu tabah dan sabar dalam menyusukan anak, menjaga dan juga mendidik.

Bagi saya pengambilan penggalak susu perlu diambil jika si ibu mengalami masalah pengurangan susu tetapi ia adalah PILIHAN. Saya tidak pernah mengatakan pengambilan penggalak susu itu salah tetapi  saya cukup risau pemahaman ini akan disalahertikan di mana ibu-ibu baru tidak ada pengetahuan asas tentang ilmu penyusuan dan ilmu suplemen. Jika si ibu ingin mengambil juga penggalak susu tidak ada halangan JIKA si ibu itu memahami konsep pengosongan payu dara yang betul. Perlu diingat kita perlu mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali dan jangan tunggu payudara bengkak ataupun simpan susu untuk menyusu si kecil. Tiada istilah 'simpan susu' sampai balik rumah kerana ditakuti jika tidak ada pengosongan payudara setiap 3 jam otak akan mendapat signal bahawa tiada rutin menyusu/memerah di ketika itu dan badan mulai tidak akan menghasilkan susu. 

Jadi, ibu-ibu perlu lebih banyak membaca untuk menambahkan pemahaman mengenai penyusuan agar kita tahu apa yang perlu kita lakukan jika susu tiba-tiba menjadi sedikit.


Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER