Cegah Tulang Rapuh (Osteoporosis) Sebelum Parah

Bahaya Tulang Rapuh (Osteoporosis)


Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Harini saya nak kongsikan info tentang bahaya tulang rapuh atau dikenali juga sebagai osteoporosis. Sebenarnya saya rasa perlu untuk saya kongsikan kepada semua terutama golongan wanita yang memang ramai terdedah dengan tulang rapuh ni. Siapa yang tak amalkan kalsium tu kalian patut fikirkan kepentingan kalsium nanti.Biasanya orang tak suka minum susu kan...Ni pun kalsium tapi ada juga sumber kalsium lain yang kita boleh dapat. Ok mari kita kenali apa itu Osteoporosis.



Osteoporosis

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.
Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.
Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopaus, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

Bahaya Tulang Rapuh (Osteoporosis)
Perbezaan tulang normal dan tulang rapuh



Bahaya Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Osteoporosis ruangan adalah besar 

Tanda dan Gejala Osteoporosis


1) Sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.

2) Tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

3) Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga emas kualiti hidup mereka terjejas. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.

4) Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah (atau pecah) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.

Bahaya Tulang Rapuh (Osteoporosis)
Bongkok

Faktor-faktor Osteoporosis


Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko osteoporosis, kerana tulang masih kuat.
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :

  1. Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  2. Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  3. Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan Hormon lelaki , iaitu testosteron juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.

    Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :

    1. Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
    2. Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
    3. Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
    4. Gangguan di kelenjar pituitari dan,
    5. Kencing manis.

    Faktor-faktor lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:

    1. Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
    2. Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
    3. Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
    4. Gangguan penyerapan seperti ' Coeliac disease' dan Crohn's disease.
    5. Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
    6. Kekurangan kalsium .
    7. Paras vitamin D rendah.
    8. Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)


    Pencegahan Osteoporosis


    1) Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu seperti
    • Jogging
    • Lompat tali (skipping)
    • Senaman  aerobik 
    • Melompat atas dan bawah ditempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.
    • Berjalan
    • Main tenis
    • Berenang 
    • Berjalan perlahan,  menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana (sesuai untuk orang berusia)


    2) Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:


    • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi - sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.

    • berhenti merokok -menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis.

    • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.



    Sumber myhealth


    Di Shaklee kami mencadangkan pengambilan Ostematrix pil kalsium untuk anda yang tidak suka minum susu malah ia pengganti kepada pengambilan susu.




    Cegah Tulang Rapuh (Osteoporosis) Sebelum Parah
    OSTEMATRIX 120biji RM61



    KELEBIHAN OSTEMATRIK SHAKLEE


    1. Selain menguatkan tulang, kalsium mampu mencegah terjadinye osteoporosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. Kalsium juga merawat tulang reput, menguatkan gusi dan merangsang darah untuk memekat.

    2. Dengan pengambilan 600mg kalisum sebelum tidur dapat memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

    3. Membantu mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa dan membantu memperbaiki depresi, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam. Mudah stress? Insha Allah ia berkesan.

    4. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil 1000mg kalsium dan magnesium serentak mampu meringankan sakit ketika haid dan membantu membuang air kecil.

    5. Merupakan pengalkalian tubuh, kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.

    6. Membantu masalah penyakit ricket, meningkatkan penyerepan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.

    7. Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, magnesium dalam Ostematrix adalah ion positif nombor dua penting didalam tubuh badan kita.

    8. Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, ostematrix Shaklee mengandungi zink, Boron, Manganes dan Kuprum yang membantu memelihara metabolism kerangka badan.


    Banyakkan manfaat Ostematrix ni. So bagi mereka yang alami tulang rapuh atau nak cegah bagus amalkan Ostematrix ni pil kalsium yg mudah ditelan malah sesuai untuk mereka yang tak suka minum susu.

    These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Berminat nak jadi ahli Shaklee sekitar Bandar Botanic, Port Klang, Klang, Shah Alam, Bukit Tinggi, Andalas, Teluk Panglima Garang.


    Nak rasai kelainan BERSHAKLEE?SIHAT, CERIA DAN GEMBIRA.


    HUBUNGI KAMI

    RAIHAN 017-2549388
    Shaklee ID 852419

    ct_nusrat@yahoo.com
    Free consultation for every purchase
    LIKE Fanpage FB Babyqaireen Shoppe
    FB: Raihan's Vita Shop 

    PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG, PENGEDAR SAH SHAKLEE PORT KLANG, PENGEDAR SAH SHAKLEE PANDAMARAN, PENGEDAR SAH SHAKLEE BUKIT TINGGI, PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK PANGLIMA GARANG

    Comments

    Popular posts from this blog

    OsteMatrix

    SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

    PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER