Posts

Showing posts from April, 2015

Perginya Abah Buat Selamanya

Image
Tanggal 19 April 2015 jam 8 pagi perginya seorang insan bergelar abah buat kami 5 beradik dan seorang suami kepada mak peneman setia. Allah lebih menyayangi abah. Moga arwah abah tenang di sana.  AL FATIHAH buat arwah abah HAJI IDRIS BIN KASSIM.

Cara Atasi Senggugut Dengan Vitamin Shaklee

Image
Cara Atasi Senggugut Dengan Vitamin Shaklee Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga pembaca saya semua dalam rahmat Allah dan sihat. Ok sebelum ni saya kongsikan tentang apa tu senggugut . So harini nak share tips atasi senggugut melalui petua dan juga dengan amalkan produk shaklee untuk kesihatan dalaman wanita juga tau. Info tentang senggugut klik sini Senggugut selalunya dialami oleh sesetengah wanita ketika didatangi haid. Ia adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang. Senggugut boleh mengakibatkan hilang tumpuan sewaktu melakukan aktiviti atau pekerjaan dan sememangnya mengganggu emosi wanita jika sakit berlanjutan hingga sukar untuk dikekang kesakitannya. Senggugut boleh diatasi dengan mengamalkan pantang larang ketika datang haid Petua Atasi Senggugut 1. Minum air kerap Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika haid. Air suam ataupun panas, kedua-duanya baik untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan pe

Apa itu Senggugut?

Image
Apa itu Senggugut? Assalamualaikum dan salam ceria. Moga semua pembaca blog saya sihat dan ceria. Harini saya nak kongsikan tentang masalah senggugut .   Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.  Siapa yang pernah alaminya sampai rasa nak terguling-gulingkan. Semua serba tak kena. Saya sendiri pernah alami sampai nak demam. Jom kita ketahui apa itu sakit senggugut ni kan. Senggugut Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing. Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut. Senggugut Senggugut Primer Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja t

Promo Berganda-ganda Shaklee April 2015!

Image
Promo Berganda-ganda Shaklee April 2015! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Moga kalian semua dalam rahmat Allah. Alhamdulillah bulan April menjelma walhal dah masuk 6hb..hehe.. Baru saya sempat nak kongsikan Promo Extravaganza Shaklee ni. Mana taknya 6 produk Shaklee promo bulan ni..Dahsyatnya.... Shaklee macam tau- tau je permintaan tinggi produk Shaklee so nak bagi OFFER pada semua pengguna tegar Shaklee. Ok ni die promo Shaklee bulan April ini. 1) GLA BUY 6 FREE 1 RM580.35 Minyak Borej, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E Kod Produk:10620 (60 kapsul) GLA Complex Shaklee menggabungkan khasiat minyak borej, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Ia mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid: Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan meleg

Projek Buat Cheese Cake Sekeluarga

Image
Projek Buat Cheese Cake  Assalamualaikum....happy weekend... Harini out topic share projek buat cheese cake bersama 3 beranak..hehe....seronok 1st time berganding bahu..apa yang penting kerjasama! yeah! So juz nak share resepi cheese cake yang mudah di cari..so kat sini nak share cik qaireen yang excited sama-sama nak buat kek actually memang atas request dia. Ni kat bawah beberapa aksi cik qaireen konon-konon lah kan...hehe..enjoy... Cik Qaireen pukul telur Ni dia telur Mula-mula masukkan gula Ok kita masukkan dalam loyang ye Taraa..dah siap..qaireen minum susu dulu ye Resepi Cheese Cake Bahannya: 250g cream cheese( TATURA CHEESE) 400 ml susu segar  100 g mentega 100 g tepung gandum 100 gram gula halus 4 biji telur saiz A 1st esen vanila Cara-caranya: 1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair  sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula  mentega ,kacau lagi sehingga cai