Projek Buat Cheese Cake Sekeluarga

Projek Buat Cheese Cake 


Assalamualaikum....happy weekend...
Harini out topic share projek buat cheese cake bersama 3 beranak..hehe....seronok 1st time berganding bahu..apa yang penting kerjasama! yeah!

So juz nak share resepi cheese cake yang mudah di cari..so kat sini nak share cik qaireen yang excited sama-sama nak buat kek actually memang atas request dia. Ni kat bawah beberapa aksi cik qaireen konon-konon lah kan...hehe..enjoy...

Projek Buat Cheese Cake
Cik Qaireen pukul telur

Projek Buat Cheese Cake
Ni dia telur

Projek Buat Cheese Cake
Mula-mula masukkan gula

Projek Buat Cheese Cake
Ok kita masukkan dalam loyang ye

Projek Buat Cheese Cake
Taraa..dah siap..qaireen minum susu dulu ye

Resepi Cheese Cake


Bahannya:

250g cream cheese( TATURA CHEESE)

400 ml susu segar 

100 g mentega

100 g tepung gandum

100 gram gula halus

4 biji telur saiz A

1st esen vanila


Cara-caranya:

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair 

sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula 

mentega ,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.

2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus 

sehingga menjadi meringue. Meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 

ringan (ia tak jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)

3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan 

masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika. Ayakkan tepung sedikit demi 

sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand

whisk dengan perlahan

4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan

esen vanila gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga 

menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)

5. Sapu acuan kek dengan mentega dan taburkan tepung disekelillingnya.

Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan 

sebelum membakar kek

6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50 min-sehingga 

btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di 

atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) - Lina pg bako suhu 150'C

8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

9. Biarkan selama 10minit kek di dalam loyang barulah dikeluarkan supaya

 tepinya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek yg licin gitu

10. Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimkn time keknya sejuk...




So selamat mencuba pada semua. Daku ni suka yang simple dan bahan mudah dicari. Rata-rata cari kt AEON je...next projek nak buat kek lain pulak la..seronok sangat buat aktiviti sekeluarga.


Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER