Apa itu Senggugut?

Apa itu Senggugut?


Assalamualaikum dan salam ceria. Moga semua pembaca blog saya sihat dan ceria. Harini saya nak kongsikan tentang masalah senggugut. 
Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja. 


Siapa yang pernah alaminya sampai rasa nak terguling-gulingkan. Semua serba tak kena. Saya sendiri pernah alami sampai nak demam. Jom kita ketahui apa itu sakit senggugut ni kan.


Senggugut

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.

Atasi Masalah Senggugut Dengan Gla Complex
Senggugut


Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.


Tanda-tanda

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.
  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
    1. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
    2. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
      • Haid yang tidak tetap
      • Haid yang tidak tetap
      • Kesakitan antara haid
      • Pendarahan yang bertamban banyak
      • Lelihan dari faraj
      • Kesakitan ketika melakukan seks
  2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  3. Loya dan muntah, cirit-birit.

Komplikasi
Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental - stres, tidur terganggu

Rawatan
  1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
    Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.
  2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
    Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
  3. Pil perancang.
    Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
    • Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
    • Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
    • Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
  4. Penggunaan Haba
    Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.
  5. Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
    Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.

Rawatan Senggugut Sekunder
Perubatan yang digunakan adalah bergantung kepada sebab Senggugut Sekunder dialami. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.


Ok dah fahamkan sakit senggugut ni macam mana. Saya sendiri pernah alaminya. Dan sekarang alhamdulillah lama tak alaminya since saya sendiri pengguna tegar produk Shaklee. Vitamin Shaklee yang sangat membantu masalah senggugut adalah Gla Complex, B complex dan Ostematrix.Tunggu next entry saya share cara atasi masalah senggugut dengan vitamin Shaklee ye.



Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER