Tips Tambat Selera Makan Anak-anak
Cabaran betul kalau anak jenis memilih makan ni kan? Lagi mencabar anak kurus keding siap orang kata tak bagi makan ke. Adeh! Stress mak tau. KakRehan pun pernah alami juga masa cik qaireen kecik tu memang picky eater sangat. Geram.
Ok apapun as mommy kan kita cuba ikhtiar macam-macam cara nak tambat hati anak ni bagi tambah selera makan kan. Ni KakRehan listkan tip-tips untuk mommy. Semoga membantu.
1)Sediakan dan hias makanan dengan warna-warni. Comel gitew ala-ala pelangi pulak nak bagi tarik perhatian anak.
2) Bentukkan makanan kasi menarik tertarik memang da boom. Contohnya watak kartun yang anak suka tengok. Boleh cuba gunakan coklat cair, kicap atau sos untuk melukis di makanan. Jangan lak guna water colour lak.hihi.
3) Sediakan makanan pada suhu yang sesuai, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Cuba kaedah memasak yang boleh bangkitkan rasa, bau dan rupa hidangan. Anak saya cik qaireen tu bau bawang tengah digoreng pun dikatanya sedap.haha..
Boleh cuba gunakan sos untuk menyembunyikan rasa yang mungkin tidak digemari anak anda.
4) Mak ayah pun kenalah cuba makanan yang disediakan di hadapan anak dan berikan ekspresi bahawa ia benar-benar sedap!Ajak mereka sama-sama menyediakan makanan, dan jadikan aktiviti itu sesuatu yang menyeronokkan. Macam main masak-masak pula kan.hihi.
5)Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda mengunyahnya. So takdelah dia rasa macam banyak sangat nak kena makan nanti. Kalau dia nak lagi tambah je nanti.
6) Kanak-kanak tidak sukakan sayur, cuba sediakan hidangan yang kita boleh sembunyikan sayuran; contohnya bergedel, cekodok dan sos spageti yang mengandungi sayur yang dicincang halus. Good idea kan.
7) Gunakan pinggan mangkuk comel-comel gitew yang menarik perhatian kanak-kanak seperti yang bergambar atau berbentuk watak kartun. Silap-silap anak nak makan pun request pinggan sama ajelah macam anak saya.hihi..
8)Minuman Mealshake - Tapi kalau cara atas semua tak jalan, cuba berikan mereka supplement sebagai pelengkap nutrisi. Raihan suggest Mealshake Shaklee. Ni adalah multivitamin kaya vitamin dan mineral sesuai untuk anak setahun ke atas tau. Ramai mommy yang happy bila anak makin berselera makan. Alhamdulillah. Qaireen pun minum ni masa kecil selera kemain.
Klik sini untuk info Mealshake
Klik sini untuk info Mealshake
Ok mommy , semoga tip-tips ini boleh dicuba oleh mak ayah penyayang dah prihatin macam kita semua kan. Harap-harap tip ini berjaya memujuk anak-anak untuk makan. Apapun KakRehan doakan moga anak-anak kita semua sihat dan ceria.
Comments