Ketahui 10 Makanan Penyebab Kanser

Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Semalam gempar 1 Malaysia bila penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia Elyana umumkan beliau menghidap kanser tahap 4. Allahu! Terkejut sangat tau. 

Di sebalik wajah ceria dia ada penderitaan yang dia sorokkan. Patutlah tengok badan dia kurus je. Sama-sama kita doakan semoga Elyana kuat melawan sakitnya dan dipermudahkan urusan.

Baiklah. KakRehan sebenarnya nak kongsikan untuk info kita bersama makanab penyebab kanser.Jom baca.

MAKANAN PENYEBAB KANSER

Sedar ke kita makanan harian kita yang mungkin menjadi penyebab kepada risiko kanser?

Kadang bukan salah sendiri, tapi persekitaran dan sumber bahan mentah itu sendiri menyebabkan kita terpaksa memilih makanan yang ada.

Apa pun jom kita ambil tahu antara makanan yang meningkatkan risiko penyebab kepada kanser.

Sumber gambar google


1. Microwave Popcorn
Snek yang mudah, cepat dan lazat memang pilihan kita apatah lagi dijadikan hidangan untuk  bersantai-santai untuk menonton tv. Tapi tahukah anda beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen iaitu asid perfluorooctanoik (PFOA) yang boleh menyebabkan kanser. Bahan kimia yang mewujudkan rasa mentega yang terdapat dalam popcorn itu juga boleh menyebabkan kanser.

2. Produk Bukan Organik
Sayur-sayuran dan juga buah-buahan sekarang kebanyakannya disembur dengan racun perosak yang dikaitkan dengan kanser. Penanaman yang tidak menggunakan kaedah organik akan menggunakan baja toksik dan disuntik hormon untuk membuatkan buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi lebih besar. Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut dicuci dengan bersih sebelum dimakan, tetapi risiko tetap ada kerana tidak semua bahan-bahan kimia tersebut dapat dikeluarkan.

3. Tomato dalam Tin
Lycopene iaitu nutrien yang ada dalam tomato dapat mengurangkan risiko kanser, tetapi manfaat daripada nutrien tersebut tidak dapat diperolehi kerana lapisan tin tomato tersebut mengandungi bahan kimia yang mengganggu aktiviti hormon dalam badan dan boleh menyebabkan risiko kepada kanser. Jadi, cari tomato yang diletakkan dalam balang kaca atau buatlah sendiri supaya lagi segar dan selamat.

4. Daging Proses
Daging yang diproses  mengandungi bahan pengawet untuk membantu daging tersebut agar kekal segar. Tetapi, bahan tersebut boleh menyebabkan kanser. Jadi, dapatkan daging yang segar yang tidak diproses demi kesihatan anda.

5. Salmon yang diternak
Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institute for Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan Vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karsinogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.

6. Potato Chips / Kerepek Kentang
Makanan ringan seperti potato chips ni memang sedap dimakan. Tetapi, aditif makanan boleh mendatangkan penyakit dan boleh menaikkan berat badan seseorang kerana tahap kandungan natrium yang tinggi, asid lemak trans yang berbahaya kepada kesihatan juga bahan pengawet dan perasa tiruan. Satu lagi risikonya ialah kehadiran acrymalide, iaitu karsinogen yang diketahui terdapat dalam rokok yang boleh menyebabkan risiko kepada kanser

7. Minyak Hydrogenated
Minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet supaya makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser.

8. Tepung Putih
Tepung putih ni telah diletakkan bahan kimia iaitu bahan peluntur untuk menghasilkan tepung yang bewarna putih. Jika diambil secara berterusan akan menyebabkan risiko keapada kanser.

9. GMO (Genetically Modified Organisms)
Makanan ubahsuai genetik GMO boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan. Banyak produk sekarang seperti soya, jagung dan sebagainya dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO. Jadi, elakkan daripada makanan GMO dan carilah makanan organik dan non-GMO.

10. Gula
Gula halus adalah penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel-sel kanser. Makanan sel kanser adalah gula. Jadi, kurangkan pengambilan gula yang berlebihan. Carilah alternatif yang lebih selamat untuk kesihatan.

11. Minuman Ringan
Minuman ringan atau soda boleh memudaratkan kesihatan. Soda penuh dengan kalori, gula dan bahan-bahan tiruan, dan mempunyai SIFAR manfaat pemakanan. Satu tin soda mengandungi kira-kira sepuluh paket gula. Kajian telah menunjukkan bahawa hanya minum dua soda seminggu hampir dua kali ganda boleh menyebabkan risiko kanser pankreas. 

12. Makanan atau Minuman "Diet"
Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Sacharin, Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.

13. Alkohol
Penggunaan alkohol adalah punca kedua terjadinya kanser selepas rokok. Walaupun penggunaan sederhana atau rendah alkohol yang diamalkan oleh sesetengah golongan untuk menjadi sihat dan membawa kepada penurunan risiko penyakit jantung. 

Minum dengan kadar yang berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung, strok, dan kematian secara tiba-tiba. 
Penggunaan alkohol yang berlebihan adalah punca terbesar kanser mulut, esofagus, hati, kolon, mulut, rektum dan payudara.


Banyak jugakan makanan penyebab kanser. So that makan berpada-pada. Makan makanan seimbang nak mudah ikut pinggan sihat ala suku-suku separuh tu. Mencegah lebih baik dari mengubati okay.

Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER