TIPS HIJRAH BUAT PARA MUSLIMAH
Assalamualaiku semua dan salam ceria.
Alhamdulillah saban hari dengar berita beberapa artis wanita terkenal Malaysia dah mulai pakai tudung. Ma shaa Allah happy dengan berita ni. Mereka ni ada pengikut tersendiri dan pastinya akan menjadi impak positif buat followers depa.
TIPS HIJRAH BUAT PARA MUSLIMAH
1. Niat hijrah kerana Allah Taala. Jika niat kerana pastinya Allah mudahkan jalan menuju ke arah kebaikan.
2. Terus mencari dan tambah ilmu agama ye. Sekarang ni mudah je nak tambah ilmu agama tanpa perlu ke masjid. Banyak video-video ceramah agama di You tube dan facebook dari ustaz juga ustazah. Kalau ustazah wanita kakRehan suka dengar ceramah atau tazkirah Ustazah Asma Harun dan Ustazah Dato' Norhafizah Musa.
3. Bersahabat dengan mereka yang solehah dan ingatkan kita pada agama. Cari circle kawan positif di media sosial seperti facebook pun mainkan peranan.
4. Mulakan hijrah dengan perkara yang kecil dan mudah. Contohnya nak tutup aurat pakai tudung. Mungkin ada yang belum sepenuhnya tudung masih singkat atau nampak rambut. then slow2 labuhkan tudung. Ustazah Asma pernah sharing jika nak lihat perubahan jangan bandingkan diri dengan orang lain. Namun bandingkan diri kita yang sebelum ni. Sebelum ni tak pakai tudung but now dah pakai tudung. Alhamdulillah😘
5. Jadilah diri sendiri.
6. Sabar dan terus semangat istiqamah dalam melakukan perubahan. Pastinya ada banyak cabaran. Allah ada pasti bantu.
7. Jangan eklslusif (menutup diri dari pergaulan).
Sebenarnya, orang di sekeliling kita pun satu ujian. Yang belum menutup aurat atau belum sepenuhnya usahlah dimaki dan nista mereka.Doakan yang baik2 semoga Allah bukakan pintu hati mereka. Yang sedang berhijrah pula semoga terus istiqamah.
Yang sedang diuji iman juga dari tertutup kemudian dibuka semoga Allah beri hidayah buat kalian. Doa yang baik2 buat mereka. Paling utama solat jangan tinggal. Peringatan buat diri ini juga sama2 kita muhasabah diri dan terus mendalami ilmu agama.
Comments