KISAH PENGALAMAN PESAKIT COVID19
Dengar sharing kat youtube kisah bekas pesakit covid19 yang dah sembuh. Punca dia sendiri dan pihak KKM sendiri pun tak dapat kenalpasti dari mana. Sebab dia ada gejala sama covid19. Gambar ihsan google Maka dia tanya pandangan kawan dia seorang doktor yang suggest pergi swab test 1 family. Termasuk isteri, anak umur 3 tahun dan ibu mertuanya. Hanya dia dan isteri sahaja positif covid19. Beliau cerita pesakit ni akan diasingkan ikut tahap kesihatan macam mana. Yang tak kritikal ditempatkan di kawasan yang khas bukan di hospital. Katanya mereka tidak diberikan ubat pun. Hanya pemantauan setiap pagi. Cuma pihak hospital maklumkan yang hanya imun badan yang kuat dapat melawan sakit ni untuk sembuh. Yang imun rendah yang berisiko tinggi berlaku kematian. Apa yang pesakit ni amalkan dia share amalkan Vitamin C setiap hari dan amalkan madu untuk bagi badan dia cepat recover juga imun badan dia kuat. Alhamdulillah hari ke10 dah kembali sihat. Kawan2 jangan leka jangan lalai. ...