Tip Penyusuan Susu Botol

Salam semua....harini saya nak share pasal penggunaan botol susu kepada bayi. Walaupun penggunaan botol tidak digalakkan bagi ibu yang menyusu badan tapi penggunaan botol memudahkan baby sitter/pengasuh memberi susu kepada anak di bawah jagaan mereka. Saya juga terpaksa mengajar anak untuk guna botol sebab memudahkan pengasuh dari menggunakan cup feeder sebab rase cam susu membazir je bila tumpah. Anak pun macam tak puas kalau guna cup or guna sudu. Alhamdulillah anak saya tak keliru puting. So,nak guna botol pun kena tau kangkah penjagaan nye tau.....Jom check kt bawah..

Tip Penyusuan

Pastikan anda mematuhi arahan yang diberikan dengan hati-hati.
  • Basuh dengan cermat botol susu plastik atau kaca termasuk juga alatan yang digunakan untuk menyediakan susu. Kalau boleh, gunakan air panas yang bersabun dan basuh dengan air paip yang bersih. Kemudian rebus selama lima minit dalam periuk khas atau sterilizer.
  • Panaskan susu dengan meletakkannya dalam air panas atau menggunakan warmer. Jangan panaskan dengan mengunakan oven microwave atau rebus dalam air mendidih. Ia boleh menjadi terlalu panas.
  • Pastikan anda mengoncang botol susu dan titikan beberapa titik susu pada pergelangan tangan anda. Sekiranya ia suam, ia sesuai untuk diberikan kepada bayi anda.
  • Semasa memberi susu, pastikan kepala bayi sedikit tinggi dari badannya. Semasa memegang botol, pastikan bahagian puting penuh dengan susu supaya bayi tidak menelan terlalu banyak udara.
  • Jangan sesekali sandarkan botol susu kerana bayi anda boleh tersedak dan lemas. Sentiasa pegang bayi anda semasa memberi susu.
  • Buang susu yang tertinggal selepas menyusu
  • Masa menyusu bukan sahaja untuk menghilangkan lapar bayi, malahan ia adalah masa untuk bayi bermanja dengan anda dan peluang anda untuk mengenali bayi anda dengan lebih baik.
Untuk panduan penggunaan botol bagi susu formula boleh tengok SINI. Cara sama cuma beza susu formula kena bancuh.

Comments

ummi azima said…
cik,klu bayi da 4 bulan masih boleh diajar gunakan botol ke?mcm mne klu die menolak?

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER