Kenapa ESP dan asid folik penting bagi ibu hamil?
Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.
Kenapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.
Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- bayam, 1 cawan;
- kacang bendi, setengah cawan
- asparagus, setengah cawan;
- lentil, setengah cawan;
- hati, 1 keping;
- 11 kubis brussels;
- kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
- emping bran, 7 sudu makan;
- germa gandum, 25g / 1 aun;
- betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- brokoli kukus, 2 pucuk;
- buah oren saiz besar;
- nasi putih, setengah cawan;
- oat, setengah cawan;
- kacang merah, setengah cawan;
- jagung saiz besar, 1;
- biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.
Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.
Sumber asal :http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/asid
Bagi yang mahu mencuba set kehamilan SHAKLEE, kami menyediakan:
SET EU-FOUR PACK
- Multivitamin (lengkap dgn iron)
- B complex ( lengkap dgn asid folik)
- vitamin C 500mg sustain release
- 1 bottle of calcium (120 caplets)
Cukupkah keperluan asid folik dalam set kehamilan ini? Jawapannya YA. Kerana kandungan folate (dalam bentuk asid folik) di dalam Vitalea ialah 200 mcg dan di dalam B Complex ialah 200 mcg. Anda juga mendapat vitamin C yang membantu penyerapan iron (dalam Vitalea), yang membantu untuk menyeimbangkan Hb anda. Kehadiran kalsium dan DHA yang juga amat penting sepanjang tempoh kehamilan.
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3
Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com
Email:ct_nusrat@yahoo.com
Comments