SEDIH DAN TERKILAN
Salam semua....entry kali ni nak cite pasal diri ni yang masih lagi sedih dan terkilan dengan sesetengah manusia yang suka buruk sangka dan menghasut orang lain untuk membenci sesesorang. Tidak perlu dinyatakan siapa orangnye di sini tapi golongan orang macam ni memang wujud dalam dunia ni kan. Mesti korang pernah mengalami rasa macam ni kan. Kalau tak pernah pun mungkin orang sekeliling anda atau terkena pada sedara mara ke.
Apa yang buat saya sedih coz kami suami isteri tak pernah rase sedih macam ni sekali bila orang yang dipercayai dan dihormati sanggup menuduh perkara yang jauh sekali untuk kami lakukan. Tujuan kami baik untuk membantu tapi mungkin ada yang tak puas hati nak tengok kesusahan kami. Takpe kami redha dan terima cuma rase terpukul dengan kejadian dan tuduhan melulu tanpa soal selidik. Siapalah kami untuk menjadi insan yang sempurna tapi semuanya boleh diselesaikan sekiranya bertanya terlebih dulu sebelum membuat tuduhan Itu yang lebih elok. Syukur kami masih ada insan lain yang percaya dan memberi sokongan.
Demi anak yang semakin membesar biarlah kami bersusah-susah sendiri. Biarlah orang nak kata apa dan kami tak mahu memporakperandakan hubungan yang sedia baik sebelum ni. Mungkin diam lebih baik dari mendengar kata2 buruk dan ketawa gembira mereka tatkala kami susah. Selama ni kami tak menyusahkan sesiapa tapi mungkin ade yang nak tengok kami jatuh walhal kami memang hidup sederhana. Betul orang kata kebaikan yang kite buat selama ni tak nampak dan dilupakan tapi yang nampak hanya keburukan yang direka2. Takpelah Allah maha Mengetahui dan Maha Adil....
Di saat dan tika ni hati begitu sedih sampai terbawa2 kat tempat kerja dengan masalah yang sedia ada. Semoga diri ini tabah dan segalanya berakhir dengan satu jalan penyelesaian.....

Comments