Penyusuan ketika Hamil


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Apa yang biasa dilalui oleh ibu menyusu apabila didapati hamil? Biasanya penghasilan susuibu akan sedikit terjejas kerana hormon prolaktin akan menurun apabila si ibu itu mengandung. Namun jika si ibu itu menjaga pemakanan dan kesihatan ....insyaAllah penyusuan susuibu masih boleh diteruskan.



Vitamin biasa yang digalakkan seorang ibu itu ambil sewaktu menyusukan anak mereka ialah Multivitamin, B complex, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan Protien. Setiap vitamin berfungsi menyokong kesihatan si ibu. Apabila ibu sihat ditambah kerap melakukan stimulasi melalui penyusuan langsung (direct feeding) atau sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam.

Namun harus diketahui bilamana ibu itu mengandung, sebelum mahu meneruskan perjuangan penyusuan susuibu pada si kecil anda, ibu itu hendaklah

1. meminta pendapat doktor untuk melihat perkembangan bayi yang dalam kandungan. Jika keadaan bayi dalam kandungan sihat dan membesar mengikut jadual pembesaran yang sempurna, tidak salah untuk meneruskan penyusuan susuibu buat si kecil anda.

2. memastikan pengambilan vitamin yang disyorkan oleh doktor diamalkan dengan baik demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan baik.

3. memastikan anda sihat dan tidak sakit. Ini kerana apabila si ibu itu sakit, ia akan sedikit sebanyak mengganggu penghasilan susuibu dan bayi dalam kandungan.


Tahukah anda mengapa ramai doktor yang tidak menggalakan untuk si ibu meneruskan penyusuan susuibu buat si kecil ketika anda mengandung? Ini kerana apabila kita menyusukan anak, kontraksi akan berlaku dibahagian rahim dan ini boleh menyebabkan risiko keguguran. Selain dari itu, doktor khuatir jika si ibu terus menyusu akan menyebabkan bayi dalam kandungan akan terjejas pembesarannya.
Namun tidak semua doktor begitu. Ada yang terus menyokong si ibu itu memberi susuibu kepada sikecil mereka walau si ibu di dapati mengandung terutama jika bayi dalam perut si ibu membesar dengan baik dan sempurna.

Apakah vitamin yang boleh dan tidak boleh diambil sewaktu mengandung dan sesuai untuk terus menyusukan si kecil ?

Vitamin yang disarankan diambil sewaktu mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi( penting untuk pembesaran si kecil dan pembinaan sel darah merah), B complex, Vitamin C dan Kalsium. Vitamin2 ini penting untuk kesihatan si ibu dan waktu yang sama akan disalurkan kepada bayi yang berada dalam kandungan ibu.


Vitamin yang patut dielakkan semasa mengandung dan menyusu pula ialah Alfalfa. Ini kerana alfalfa adalah vitamin yang membantu mempercepatkan penghasilan susuibu namun perlu kita ketahui semasa mengandung hormon prolaktin akan menjadi rendah dan pengambilan alfalfa untuk meningkatkan penghasilan susuibu akan menyebabkan hormon prolaktin turut meningkat dan  boleh meningkatkan risiko keguguran bayi dalam kandungan.
Namun apakah vitamin yang sesuai diambil untuk menggantikan alfalfa? Memadai dengan kalsium magnesium kerana vitamin ini penting untuk pembinaan sel darah, tulang dan saraf.

So buat ibu-ibu yang baru tahu anda mengandung dan waktu yang sama masih mahu meneruskan penyusuan susuibu buat si manja anda, jagalah pemakanan dan kesihatan dengan baik. Supaya kita sihat, anak pun sihat!




Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER