Tips untuk anda yang susah minum air
Adakah anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari? Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan air yang mencukupi dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh badan, antaranya :
- Mencegah penyah hidratan (mencegah masalah kurang air)
- Membersihkan tubuh
- Menggalakkan proses penyembuhan
- Membantu mengawal berat badan
Berapakah jumlah air yang sepatutnya anda minum?
Jumlah air yang seseorang itu perlukan sebenarnya adalah berbeza bergantung kepada berat dan tahap aktiviti seseorang itu. Walaupun kita disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari, tetapi ada satu formula yang dapat menentukan pengambilan air yang disyorkan khusus sesuai dengan tubuh badan anda.
Ini formulanya :
Berat badan (dalam kg) di BAHAGI kan dengan 30
(Contohnya, jika berat anda 70kg (70/30 = 2.3 ). Bermakna, tubuh badan anda memerlukan sebanyak 2.3 liter air sehari)
Sekiranya anda sukar atau ada masalah untuk minum air, sila lakukan 6 tips mudah berikut.
6 Tips Mudah Supaya Dapat Minum Air Dengan Banyak
1.) Bawal sebotol air ke mana sahaja anda pergi
Usah beli minuman botol, sebaliknya anda bolehir sendiri dari rumah. Ia bukan saja membantu anda berjimat, malah ia juga pilihan yang lebih selamat dan sihat.
2.) Letak segelas air disebelah anda
Sekiranya anda duduk untuk tempoh masa yang lama, contohnya di meja kerja anda, letakkan segelas air. Apabila anda teringat atau tertengok gelas air anda tu, ambillah ia dan minum. Ingat untuk minum air secara kerap.
3.) Setkan masa
Jam tangan digital atau malah telefon bimbit anda boleh memberi peringatan setiap jam untuk minum air. Apabila jam yang anda set tu berbunyi, tuangkan segelas air dan minum. Walaupun anda minum secawan kecil air (180ml) setiap jam, apabila waktu kerja selama 8 jam berakhir, anda telah pun berjaya minum air sebanyak 1.4L.
4.) Dapatkan penapis @ sistem rawatan air yang berkualiti
Rasa air yang dirawat atau ditapis lebih sedap untuk diminum. Air yang ditapis lebih ’ringan’ dan mudah ditelan.
5.) Tambahkan sehiris limau atau timun
Anda akan minum lebih banyak air sekiranya rasanya lebih sedap. Macammana nak tambahkan kesedapan air? Mudah saja. Caranya ialah dengan menambahkan sehiris limau nipis (lemon) atau timun. Atau, jika anda lebih suka minum air yang sejuk, simpan 1 jag air dalam peti ais. Minumlah air sejuk itu sebanyak mungkin. Orang kata, minum air sejuk kurang bagus. Tapi sebenarnya ia TAK BENAR. Yang tak bagus ialah air yang ada AIS. Air sejuk dalam peti sejuk, tak ada masalah.
6.) Makan buah-buahan yang mengandungi banyak air
Makanlah buah-buahan yang ada banyak air seperti buah tembikai (92% mengandungi air mengikut berat) dan tomato (95% mengandungi air). Untuk lebih sedap, anda boleh blender (kisar) buah tembikai segar dengan sedikit ais dan tambah beberapa helai daun pudina (jika anda suka) untuk lebih segar dan berkhasiat.
Lakukan ini selama beberapa hari. InsyaAllah, nanti lepas anda sudah biasa dengan amalan ini, ianya akan menjadi tabiat yang baik.
Selamat menjalani gaya hidup yang sihat. Jom minum air banyak jom ~
Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com
Email:ct_nusrat@yahoo.com
Comments