Anologi dunia penyusuan : Paip, tangki dan pam


Salam semua..Ingin saya kongsikan analogi penyusuan ini yg saya ambil dr blog Kak N 



Beliau menyediakan satu anologi yang mudah untuk difahami dan mudah-mudahan ia membantu lebih ramai ibu memahami konsep penyusuan sebenar serta berusaha untuk menjayakan penyusuan susuibu sehingga lengkap 2 tahun, insyaALLAH.


Paip, tangki dan pam.


Ini adalah kepala paip

Perasankah kita? Air hanya akan keluar apabila kepalanya dipusingkan [ buka].
Jika besar bukaan paip, maka besarlah air yang keluar dari paip tersebut.

Namun pengaliran air bergantung juga pada tangki air.


 Jika tangki penuh, insyaALLAH pengaliran air tiada masalah. Namun jika tangki kosong, pengaliran juga akan terganggu.


Ada rumah yang pengaliran airnya sangat perlahan....

Maka bagi yang berkemampuan, kewangan bukan menjadi halangan untuk mereka mendapatkan sebuah water pump....


Apa fungsi water pump? Ia adalah untuk membantu memberi tekanan kepada air yang keluar dari kepala paip.
Mereka akan membeli water pump untuk memberi tekanan kepada air yang keluar dari tangki agar pengaliran keluar air dari paip menjadi lebih besar dan deras.
Pam ada banyak jenis dan balik pada budget kita sendiri untuk memilih yang terbaik.


Namun masih memegang konsep yang asas, air hanya akan keluar mencurah2 bila bukaan paip adalah paling maksimum.

Pam air akan berfungsi dengan baik apabila tanki sentiasa dipenuhi air dan hasil yang boleh dilihat ialah air yang mengalir dari paip sangat deras.

Sama dengan dunia penyusuan susuibu :

Susuibu, tubuh ibu dan vitamin


Kita mengandaikan bahawa payudara ibu adalah seperti paip air, susu hanya akan keluar apabila ibu mengepam atau bayi menghisap.
Jika dilihat dari anologi paip tadi, jika besar bukaan, maka banyaklah air paip yang keluar. Sama juga dengan penyusuan susuibu. Lagi kerap bayi menyusu atau ibu mengepam maka lebih banyak susuibu yang dapat dikumpul.
Badan ibu ibarat tangki air, jika tanki sentiasa penuh, pengaliran air tiada masalah. Samalah dengan dunia penyusuan. Jika si ibu konsisten minum air dan memastikan pengambilan 3liter air sehari, insyaALLAH penghasilan susu tidak terjejas.

Maka apa pulak fungsi vitamin? Vitamin itu hakikatnya adalah berfungsi seperti water pump [ pam air]. Ia membantu agar penghasilan susuibu berlaku lebih cepat dan pengaliran susu lebih lancar. 
Untuk mendapatkan kesan yang optimum, si ibu perlu pastikan badannya cukup mendapat 3liter air sehari.

Vitamin ada banyak jenis, maka balik pada diri kita untuk beri yang terbaik pada diri sendiri. 

Vitamin tak beri kesan pada ibu jika si ibu tidak menyusukan anak atau mengepam dengan konsisten serta pengambilan air kurang dari 3 liter sehari.

So saya harap dengan anologi mudah ini....ramai ibu yang memahami dan mampu menjayakan penyusuan susuibu dengan lebih cemerlang.



Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER