TIPS MUDAH HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA BAJU TANPA MENGGUNAKAN CLOROX

HABIS BAJU KEMEJA PUTIH ENCIK SUAMI BERTUKAR JADI KUNING-KUNING

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Harini saya nak berkongsi cerita kisah baju enck suami saya..hehe..tajuknya pun tersenyum-senyum siapa yang pernah alami situasi macam ni. Kelam kabut dibuatnya kalau baju tu memang baju favourite ataupun baju yang mahal jugakkan.

Alkisahnya beberapa hari yang lepas kain baju memang bertimbun gara-gara NC (National Conference) bermalam di hotel beberapa hari pulak tu..dapat penginapan percuma lagi daripada Shaklee..ehe...baju pun banyaklah bertimbun nak kena basuh. Biasa baju putih ni memang saya akan asingkan untuk rendaman sabun je letak dalam baldi. Samalah juga beberapa baju n tudung pun sy satukan yang jenis tak sesuai dibasuh guna mesin basuh.


Nak dijadikan cerita masa nak bilas-bilas tu saya angkatlah kemeja putih tu dari dalam baldi untuk dibilas-bilas. Alamak baju tu kaler dah jadi capuk2 warna kuning pulak. Ah sudah kalau suami tahu ni mesti kena bebel..haha....kalau tengok memang lepas ni tak pakai dah lah. Gelabah juga sebab silap sendiri cmpur dengan kain berwarna tak sangka turun warna la pulak..adeh! 


Ok tiba-tiba otak ni fikir tentang BASIC H. So tanpa berlengah saya terus amik dan titikkan beberapa titik dalam baldi untuk rendam balik baju tu dalam tempoh sehari jugak lah. Dengan harapan kotoran tu hilanglah sebab 1st time nak cuba untuk buat rendaman baju.
So sehari tu waktu pagi saya jenguklah baju tu nak bilas-bilas. Wow magic! Alhamdulillah tak sangka bersih dah baju en suami tanpa cacat cela kaler kuning2 tu..kalau tengpk memang hodoh bebenolah..hehe..Memang sangat-sangat puas hati lah dengan BASIC H untuk masalah macam saya ni..Kat rumah memang takde clorox pun..hihi..so leh ganti clorox pasni.


Kelupaan nak amik gambar sebelum dan selepas..petang baru cerita kat en suami..die gelak je....lepas ni kalau ada masalah baju capuk-capuk dah tau dah penyelesaiannya.

Sape yg ada masalah mcm saya ni boleh cuba BASIC H ni pencuci serbaguna yang sangat hebat...


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Wah dah tahukan kelebihan Basic H ni macam-macam kan? So apa tunggu lagi harga tak sampai rm50 pun. Super jimat tahan beberapa bulan sebab penggunaan nye beberapa titik je.





HUBUNGI

♥ SITI NUSRAT RAIHAN IDRIS
MASTER COORDINATOR SHAKLEE
♥ Shaklee ID 852419
♥ ct_nusrat@yahoo.com / 017-2549388
♥ Free consultation for every purchase
♥LIKE Fanpage FB Babyqaireen Shoppe
♥FB: Raihan's Vita Shop (SILA ADD FRIEND DULU YE)♥ COD(Cash On Delivery)/Self Pick up area Port Klang,Klang,Bukit Tinggi,Jalan kebun dan meluaskan jaringan area Teluk Panglima Garang

Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER