Kelas Blog Santai Pagi Sabtu Bersama Blogger Terkenal Tuan Hadihaizil

Kelas Blog Asas Dengan Blogger Terkenal Denaihati.com


Alhamdulillah sabtu lepas 15 Oktober, sesi recaj ilmu blog lagi. Kelas asas tapi orang kata yang asas pun kena belajar kemudian baru yang advance. Terima kasih sahabat Master Aisah yang pakat ramai-ramai team Master area central ni untuk anjurkan kelas ni bersama blogger terkenal Denaihati.com iaitu Tuan Hadihaizil. Kelas ni dekat HQ Shaklee je.


Macam biasa kalau kelas shaklee ni kena ada pengiringlah kan encik suami dan cik qaireen...hehe... Sebelum kelas cikgu blog pesan suh bawah air kosong banyak-banyak nak masuk hadam ilmu banyak-banyak..haha..Dah nama pun dealer dan pengguna Shaklee kan memang confirm minum air banyak punyalah. 


                    Kelas Blog Santai Pagi Sabtu Bersama Blogger Terkenal Tuan Hadihaizil
                     Master Aisah ketua kelas blog kami..hehehe

Kelas Blog Santai Pagi Sabtu Bersama Blogger Terkenal Tuan Hadihaizil
Selfie sat dalam kereta


Kelas Blog Santai Pagi Sabtu Bersama Blogger Terkenal Tuan Hadihaizil
Dengan cik qaireen


Perkongsian Santai Cikgu Blog


Cikgu blog ni memang sempoi habis. Siap buat lawak pun ada. Actually 2 tahun lepas raihan pernah organise kelas blog juga dengan pakar blog yang lain. Kelas asas juga bersama rakan-rakan Shaklee lain. Tapi kalini upgrade ilmu lagi sebab katanya blog ni dah berubah cara penulisan dan teknik sharing tu. Tulah pakat nak pergi juga. 

Paling terkejut sebab kelas ni cikgu buat FREE je tau. Kelas mula 10.15 pagi sampai 1 tengahari. Langsung takde yuran dikenakan. So kena amik peluanglahkan tambah ilmu yang sedai kurang ni. Moga murah rezki cikgu ni sebab bagi ilmu free dan pahala berterusan. Amin..... Siap berpeluh-peluh cikgu kita ni nak share ilmu..hehe...


Cikgu standby nak mengajar


Kelas Blog Santai Pagi Sabtu Bersama Blogger Terkenal Tuan Hadihaizil
Peserta khusyuk mendengar


Kelas Blog Santai Pagi Sabtu Bersama Blogger Terkenal Tuan Hadihaizil
Cikgu yang gigih mengajar gitu


Alhamdulillah pengisian kelas blog ni sangat bantu sangat untuk Raihan yang memang gunakan blog sebagai medium kedai online bisnes Shaklee Raihan ni sejak 2011 lagi. Bayangkan dari tahun 2011 tu dah 5 tahun lebih sebenarnya.

Tahun 2014 baru pandai buat blog dan penulisan yang baik sikit...haha.. dan tahun 2016 ni lak tambah ilmu baru lagi. Orang kata nak berjaya kenalah tambah ilmu. Tak rugi punkan.... bagus untuk menambah baik bisnes kita juga.

Kelas Blog Santai Pagi Sabtu Bersama Blogger Terkenal Tuan Hadihaizil
Wakil team DESIRE cucu Shaklee Nadia pun join kelas blog


Kelas Blog Santai Pagi Sabtu Bersama Blogger Terkenal Tuan Hadihaizil
Peserta kelas blog asas


Grup Support Whatapps Untuk Peserta Kelas Blog


Ok yang ni paling best sebelum mula kelas lagi dah cikgu dah adakan grup wasap ni untuk kami peserta kelas. So lepas kelas tu memang banyak lah soalan dan ada tugasan kena submit untuk cikgu komen. Dan sesambil cikgu galakkan tukar domain dari blogspot ke dot.com. Nampak lebih pro gitu...

So dengan itu rasminya harini nama blog Raihan dan bertukar ke www.babyqaireen.com ye... wah nampak pro lak..suka..suka..haha.. Terima kasih cikgu. Sebenarnya dia suh panggil Eizil je. Panggil cikgu nampak tua. Tapi kalau panggil blogger tua takpe...haha...



Comments

Eizil said…
hahaha... Blogger tua tak nampak tua... kalau panggil cikgu terasa tua...

terima kasih sudi hadirkan diri ke sesi perkongsian tempoh hari

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER