Pam Susu Autumz Passion Pilihanku

Review Pam Susu Autumz Passion


Yeay! Isnin lepas akhirnya tercapai hasrat nak beli pam susu baru standby untuk bersalin nanti takut kena bengkak susu. Konon-konon nak beli Lacte Duet tau. Raihan tengok mana yang mesra pengguna. Banyak raihan survey pam susu ni antaranya pam Lacte Duet, Malish Aria, Cimilre F1 dan Autumz Passion ni. 

Survey punya survey terberkenan pam Autumz Passion ni. Tengok review kat blog dan Raihan pun ada baca pakar laktasi cadangkan pam ni juga. Pam ni mesra pengguna sebab ada rechargeable betri sekali. So boleh guna kat mana-mana tanpa bekalan letrik gitu.

                      Review Pam Susu Autumz Passion

Review Pam Susu Autumz Passion
Pam Susu Autumz beserta botol susu.
Percuma bateri dan charger serta USB


Raihan pun duk tengok ramai kata ok guna pam ni. So Raihan ajak hubby pergi kedai baby Mom's House Babyshop area Padang Jawa tu nak beli pam terus..haha.. dahsyatkan bape harini ni keluar cari barang baby aje sebenarnya. Harga pam ni Raihan beli RM359 ada free manual pam sekali tau.mTempat lain tak tahulah katanya ada offer. Ni tambah lagi RM50 untuk cooler bag, ice brick dan milk storage.

Review Pam Susu Autumz Passion
Percuma Pam Manual Autumz

Review Pam Susu Autumz Passion
Pakej tambahan RM50

Ni pun sebab raihan tengok kat fanpage Fb Mom's House Babyshop tu. Mujur dekatlah kan. Kalau jauh malas juga nak pergi. Tapi suka pergi sendiri dari order online. Staff dia pun wat demo cara guna.Puas hati! Raihan ni duduk rumah pun nak beli pam ek. 

Work at home mom kan. Yelah standby incase apa-apa jadi kena travel ke pergi kursus or kelas if tak bawa baby susu dah standby dah. Raihan ni memang target susu badan sepenuhnya untuk baby tau. Masa qaireen pun memang fully breastfeeding alhamdulillah tapi ada part susu kurang terpaksa topap susu formula. Benhenti menyusu masa umur qaireen 3 tahun.

Siapa yang tengah cari pam susu dan nak test sekali. Boleh lah pergi kedai ni jika tinggal berdekatan. Oh ye beli pam susu ada warranty setahun ye. Kot kalau rosak boleh hantar kedai ni atau direct supplier. Kedai ni macam-macam barang baby ada, keperluan berpantang, menyusu. 

Review Pam Susu Autumz Passion
Warranty Card


Pam susu pun banyak jenis ada. Asal nak beli Malish Aria tapi stok habis. Pam ni pun jenis caj bateri juga dan harga lagi murah. Boleh beli ikut bajet korang dan kesesuaian. Boleh test sekali kat sana. 

Ni alamat kedainya
Mom's House Babyshop
BLOK G-37-G, ALAM AVENUE 2,
JALAN SERAI WANGI L16/L,
SEKSYEN 16, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR
 03-5523 2592 (Call Only)
(berdekatan dengan JPJ & PUSPAKOM seksyen 7 shah alam & padang jawa, SEDERET dengan mee tarik warisan & GIO FABRIC)

Ok sekian sharing. Selamat survey pam susu mommies.





Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER